20 Gambar Sekitar Majlis Berandam Surai Pewaris Takhta Johor. Comel Sungguh Putera dan Puteri Anak TMJ Ni. Telatah Anak Sulong Yang Kakak Tue Memang Cute Habis!!

Loading...

Loading...

JOHOR BAHRU: Majlis Berandam Surai buat putera sulung Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim selamat dilangsungkan di Istana Bukit Serene, dekat sini hari ini.

Waris Tunku Ismail dan Che’ Puan Khaleeda Bustamam iaitu Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail, diputerakan pada 14 Oktober lalu.

Majlis diserikan lagi dengan keberangkatan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Berangkat sama, anakanda yang lain, kerabat Diraja Perak serta Ahli Jumaah Majlis Diraja Johor, selain Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan isteri, Datin Seri Rosni Omar dan EXCO Kerajaan Johor.

Majlis Potong Jambul dimulakan oleh Sultan Johor dan Permaisuri Johor sambil diiringi selawat Nabi, diikuti anakanda serta Mohamed Khaled Nordin dan isteri.

Gambar majlis itu dimuat naik menerusi Facebook (FB) Sultan Ibrahim petang tadi.

Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim adalah anakanda kedua Tunku Ismail dan Che Puan Khaleeda yang mempunyai anakanda sulung, puteri yang diberi nama Tunku Khalsom Aminah Sofiah.

Loading...

Sumber : eraviral.com

 

sumber: Media Gempak

Loading...
Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*