3 Landasan Kereta Api Yang Paling Pelik Di Dunia

Loading...

Loading...
lrt

lrt

Kereta api merupakan salah satu pengangkutan penting dunia yang menyambungkan bandar dengan bandar lain, malah antara satu negara dengan negara lain. Ia biasanya dibina di kawasan yang lapang dan terbuka bagi memastikan perjalanan yang lancar dan keselamatan orang awam terjaga.

Namun terdapat beberapa tempat di dunia yang mempunyai landasan kereta api yang agak unik dan luar biasa. iluminasi.com ingin berkongsi 3 landasan kereta api yang melalui kawasan yang sangat unik.

1. Bandar Hanoi, Filipina

kereta api bandar hanoi

Kebanyakan landasan kereta api mempunyai pagar dan palang bagi menghalang pejalan kaki atau orang awam daripada melintas dan membahayakan diri sendiri. Tapi cuba bayangkan apa perasaan anda, jika kereta api melalui betul-betul di hadapan pintu rumah anda? Ia menjadi kelaziman bagi landasan kereta api di bandar Hanoi berada di celah-celah lorong rumah dan kedai.

kereta api bandar hanoi 2

Orang ramai bekerja dan berniaga di jalan yang sibuk, akan memberikan laluan dan menutup kedai buat beberapa minit bagi memberikan laluan kepada kereta api. Selepas kereta api melepasi laluan itu, kedai akan dibuka seperti biasa semula.

2. Chongqing, China

Jika anda merupakan seorang pengguna keretapi atau LRT yang kerap, landasan ini mungkin menjadi impian anda.

Loading...

chongqing china

Bandar Chongqing, antara bandar yang paling padat di China, terdiri daripada cerun-cerun bukit dan pembinaan bangunan tinggi yang sangat padat dan mempunyai penduduk seramai 49 juta orang, menyebabkan ia menjadi satu cabaran bagi perancang bandar dan arkitek. Mereka perlu memikirkan cara paling unik dan efisyen bagi membina laluan kereta api yang boleh diakses dengan mudah oleh semua penduduk.

chongqing china2

Setelah Rail Transit No.2 diluluskan oleh kerajaan, terdapat dua pilihan yang boleh dilakukan, sama ada untuk merobohkan seluruh bangunan pangsapuri tersebut, ataupun mengosongkan 2 tingkat daripada pangsapuri itu bagi memberi laluan kepada pembinaan stesen kereta api.

Hasilnya, adalah sangat menakjubkan, mereka memilih untuk meneruskan pembinaan menggunakan pilihan kedua, iaitu mengosongkan 2 tingkat pangsapuri tersebut. Sehingga kini, ia dilihatkan sebagai satu pilihan yang tepat, yang telah memudahkan penduduk sekitar.

3. New Zealand & Australia

gisborne

Ini mungkin antara lapangan terbang yang paling bahaya dan pelik yang anda pernah lihat. Lapangan Terbang Gisborne yang terletak di luar bandar Gisborne, New Zealand merupakan salah satu lapangan terbang yang mempunyai landasan kereta api memintas laluan pelepasan kapal terbang.

Loading...

Sebuah lagi lapangan terbang yang mempunyai landasan kereta api melaluinya adalah Lapangan Terbang Wynyard di Tasmania, Australia. Namun landasan kereta api ini terpaksa ditutup disebabkan trafik yang teruk.

Kereta api yang hendak melalui laluan pelepasan kapal terbang perlu berhenti dahulu dan menunggu isyarat daripada pegawai trafik udara terlebih dahulu yang memastikan tiada kapal terbang yang akan berlepas atau mendarat.

Sumber iluminasi.com

Loading...
Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*