4 Benda Kita Boleh Belajar Daripada Jack Ma Tentang Bisnes. No 4 Tu Paling Penting Untuk Berjaya Pada Zaman Sekarang!

Loading...

Loading...

Jack Ma adalah seorang usahawan yang berjaya dan merupakan pengasas kumpulan Alibaba e-dagang. Dalam perjalanannya menjadi seorang usahawan, dia telah menghadapi dugaan seperti gagal dalam ujian peperiksaan universiti sebanyak tiga kali dan ditolak oleh beberapa majikan.

Tetapi ini tidak menghentikan Jack Ma daripada menjadi seorang jutawan. Oleh itu, ini adalah empat “pelajaran” yang harus dipelajari oleh usahawan untuk mencontohi Jack Ma.

1. Mempunyai Matlamat Jelas

SUMBER: INSBRIGHT

Jack Ma sentiasa mempunyai matlamat yang ingin dicapai dalam perniagaan dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamatnya tanpa melalui “jalan pintas”. Ini boleh dicontohi oleh orang muda yang mahu memulakan perniagaan kerana apabila anda menunjukkan bahawa anda mempunyai matlamat dalam diri anda maka anda perlu berusaha untuk mencapainya dengan berusaha bersungguh sungguh malah memerlukan perancangan yang teliti.

Sebagai permulaan, kadang-kadang anda akan mendapat hasil jualan yang rendah tetapi anda harus berusaha keras sehingga matlamat anda berjaya juga dicapai. Orang kata, mereka tanpa matlamat, pasti akan gagal kerana tiada hala tuju. Setuju?

2. Masing-masing Ada Kemahiran Tertentu

Loading...

SUMBER: SUCCESS STORY

Kedua, kemahiran memang penting. Apabila perniagaaan anda semakin maju dan berkembang malah memerlukan tenaga lebih ramai maka jangan memilih sesiapa yang anda inginkan secara rawak atau mengambil “kroni” masing-masing.

Dalam erti kata yang lain, anda perlu mempunyai visi, lihat potensi seseorang itu dan pilih individu yang mempunyai pelbagai kemahiran.

Sungguhpun demikian, jangan memilih semua orang yang mempunyai kemahiran yang sama. Lazimnya dalam hal ini, sudah semestinya individu yang mempunyai kepelbagaian kemahiran akan dapat menyumbang kelebihan dalam perniagaan dan memaksimumkan keuntungan syarikat. Inilah yang dilakukan oleh Jack Ma dalam menguruskan perniagaannya.

 

3. Bijak Mengawal Stres

Loading...

SUMBER: CALLING DREAMS

Ketiga, stres atau tekanan selalunya berlaku kepada kebanyakan usahawan muda dan ia merupakan sesuatu yang harus anda tangani dengan bijak.  Sekiranya stres tersebut tidak dikawal dengan bijak, ia akan menjadi tekanan yang “tidak sihat” untuk kesihatan anda dan menyukarkan anda menguruskan perniagaan anda secara matang.

Jack Ma tidak pernah berubah fikiran malah dia tidak “bersembunyi” di dalam biliknya dengan harapan semua masalahnya akan hilang dan dia tidak akan berehat apabila berada di puncak kerjayanya.

Sebaliknya, dia melihat kehidupan dengan cara yang positif agar dia dapat menyelesaikan masalahnya dengan tenang dan menikmati kehidupannya seperti biasa meskipun dia menghadapi stres dalam perniagaan setiap hari.

4. Keinginan Tinggi Dan Tidak Mudah Putus Asa

SUMBER: YOUR STORY

Akhirnya, Jack Ma mempunyai keinginan yang kuat dan tidak mudah berputus asa; sebaliknya sentiasa bangkit setelah jatuh daripada sesuatu kegagalan dan menerukan kemaraan. Semua usahawan yang berjaya mempunyai satu ciri-ciri yang sama, di mana mereka tidak mudah putus asa tidak kira apa yang yang mereka hadapi.

Loading...

Jack Ma percaya bahawa jika usahawan tidak dapat meningkatkan jualan ataupun menghadapi penolakan daripada pelanggan; ianya tidak bermakna bahawa mereka sedang menghadapi kegagalan. Sebaliknya, jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk perbaiki diri dan syarikat dan jangan berhenti mencuba semua perkara sehinggalah anda berjaya.

Akhirulkalam, Jack Ma mengajar kita untuk bermula dari bawah, berusaha sehingga berjaya menemui kejayaan; tetapi jangan pula berasa selesa apabila berada di puncak. Terus-menerus gandakan usaha tanpa kenal erti penat lelah.

sumber: majalahlabur

Loading...
Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*