5 Cara Untuk Kurangkan Sakit Belakang Badan

Loading...
Like Page Kami Di Facebook!


Sakit belakang boleh menyerang sesiapa sahaja. Lelaki dan wanita, semua berpotensi untuk mengalami sakit di belakang badan mereka. Mengatur pola tidur adalah penyelesaian untuk menyembuhkan sakit belakang tetapi ada cara lain yang boleh digunakan oleh pesakit supaya sakit belakang dapat segera hilang.

1. Kurangkan membongkok

Membongkok adalah posisi tubuh yang buruk bagi badan anda. Dengan melakukan ini maka sakit belakang yang anda rasakan akan bertambah teruk, terutama jika duduk untuk masa yang lama. Bila anda sedang berada di depan komputer, cuba duduk dengan tegak diatas kerusi. Letakkan bantal lembut dibelakang badan untuk memberi sokongan pada tulang belakang dan punggung.

2. Penggunaan ubat sakit belakang

Ada orang mungkin perlu mengambil ubatnonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAID) yang lebih kuat atau ubat opioid, yang tentunya memerlukan preskripsi doktor, agar membantu meredakan rasa sakit mereka. Sangat penting untuk berbincang  dengan doktor atau ahli farmasi anda jika anda sedang mengambil ubat lain, termasuk ubat-ubatan yang dijual bebas, untuk mengelakkan kelebihan dos bahan aktif tertentu.

3. Temui terapi fizikal

Terapi fizikal boleh mengajar cara duduk, berdiri, dan bergerak yang membuat tulang belakang anda dalam keadaan selaras dan mengurangkan ketegangan pada punggung anda. Mereka juga boleh mengajar latihan khusus yang boleh menguatkan otot-otot teras yang menyokong belakang anda. Kajian menunjukkan bahawa jika anda meningkatkan kekuatan, fleksibiliti dan daya tahan otot, maka sakit belakang akan berkurang, namun ianya memerlukan masa.

4. Jangan istirehatkan punggung yang nyeri

Loading...

Jika dulu, doktor sering memberikan nasihat supaya pesakit berehat di tempat tidur bagi pesakit sakit belakang. Tapi sekarang ketahuilah bahawa berbaring merupakan salah satu perkara yang paling teruk yang boleh anda lakukan ketika sakit belakang. Bukannya bertambah baik, sakit belakang mungkin boleh menjadi bertambah parah dan bahkan boleh menyebabkan komplikasi lain.

Sungguh penting untuk anda bangun dan perlahan-lahan mula bergerak. Sukan menjadi salah satu cara paling berkesan untuk meredakan sakit belakang dengan cepat. Cubalah untuk berenang atau berjalan santai di sekitar depan rumah anda.

5. Pek sejuk dan panas di kawasan yang sakit

Meletakkan ais ke kawasan yang menyakitkan di belakang badan boleh membantu mengurangkan rasa sakit dan keradangan akibat kecederaan. Cuba lakukan ini beberapa kali sehari selama 20 minit.

Selain itu juga, anda boleh membeli koyok ataupun ubat tampal pada belakang badan buat sementara waktu. Ia memberi kesan rasa panas dan sejuk untuk mengurangkan kesakitan. Terapkan bantal pemanas atau pak hangat untuk membantu mengendurkan otot anda dan meningkatkan darah yang mengalir ke kawasan yang sakit. Anda juga boleh cuba mandi air suam atau panas untuk membantu merelakskan tubuh anda.

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*