5 Foto Makhluk Menakutkan Yang Tidak Sengaja Tertangkap Kamera

Loading...
Like Page Kami Di Facebook!

Kamera bukan hanya sekadar alat untuk menangkap swafoto sendiri atau menangkap foto suatu tempat dan kejadian. Namun sesetengah orang juga beranggapan bahawa kamera juga boleh jadi alat untuk menangkap sosok makhluk mengerikan yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Tidak pasti betul atau tidak, di internet banyak sekali foto-foto makhluk menakutkan yang pernah ditangkap kamera secara sengaja atau tidak sengaja. Kebanyakan memang dianggap hasil suntingan, tetapi ada beberapa yang dianggap asli kerana tidak ada penjelasan bukti bahawa foto-foto tersebut bukan hasil sultingan.

Di bawah kami kongsikan foto-foto yang memaparkan penampakan makhluk menakutkan yang ditangkap kamera. Foto-foto tersebut kemungkinan asli kerana memang jika diperhatikan tidak ada penjelasan untuk membuktikan bahawa foto tersebut palsu.

1. Skinwalker

 

Foto menyeramkan ini ditangkap oleh seorang ahli geologi yang bekerja di New Mexico. Foto Skinwalker ini mula tersebar pada tahun 2014 dan membuat orang-orang kehairanan. Ini kerana pengguna internet beranggapan bahawa Skinwalker mempunyai sifat yang serupa dengan makhluk dari cerita rakyat Amerika Asli.

Loading...

2. Foto Keluarga Menyeramkan

 

Foto ini diambil oleh keluarga Cooper. Diringkaskan cerita, keluarga ini membeli rumah di Texas pada tahun 50-an. Selepas mereka meminta seseorang untuk mengambil gambar mereka, tiba-tiba mereka terkejut setelah melihat hasil fotonya. Kerana dalam foto tersebut menunjukkan sesuatu seperti turun dari bumbung dengan posisi tubuh terbalik dan tergantung.

3. Hantu Muncul Di Pokok

 

Foto ini ditangkap oleh pasangan yang baru berkahwin pada tahun 1942. Tanpa sedar kedua-dua pasangan ini mengambil gambar hantu yang seakan menerjah mereka dari sebuah pohon di Jasper, Alabama.

Loading...

4. Hantu Tanpa Kepala

 

Foto ini diambil dari sebuah rumah berhantu yang terkenal dan sudah berusia lebih 180 tahun yang terletak di Antiokhia, Turki. Anda boleh dengan jelas melihat hantu ini menggunakan gaun hitam gaya lama, tetapi kelihatan seperti tidak mempunyai kepala.

5. Makhluk asing?

 

Foto ini diambil di sebuah hutan berhampiran Berwick, Lousiana. Foto tersebut menangkap gambar dari sosok makhluk yang dipercayai makhluk asing, ada sesetengah yang mengatakan ianya hanya binatang.

Namun, tiada sesiapa yang dapat mengesahkan keaslian foto-foto di atas ini. Mungkin hanya menggunakan trik kamera, atau mungkin juga hasil suntingan. Tapi apa yang pasti makhluk halus atau haiwan aneh-aneh yang tidak pernah dibongkar itu wujud,

Kredit: laichikang

SUmber Artikel : Gedebakviral

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*