5 Negara Yang Mempunyai Purata IQ Tertinggi Di Dunia. Korang Rasa IQ Rakyat Malaysia No Berapa?

Loading...
Like Page Kami Di Facebook!

IQ adalah penanda aras kepada kepintaran dan kebijakkan seseorang itu, terutamanya dalam bidang pelajaran. IQ yang bermaksud “Intelligent Quoation” adalah jumlah markah yang diperolehi daripada beberapa ujian piawaian yang direka untuk mengukur tahap kecerdasan dan kepintaran otak manusia. Biasanya mereka yang mempunyai IQ yang tinggi berjaya dalam bidang akademik lebih daripada mereka yang mempunyai IQ yang rendah.

iq level

Kebanyakan manusia, iaitu 70% daripada populuasi mempunyai tahap IQ di paras 100. Mereka yang mencapai tahap pembelajaran akademik ke tahap PhD pula biasanya mempunyai purata IQ 132, dan jika IQ seseorang itu melebihi 143 mereka dikategorikan sebagai genius. Sebagai contoh, johan catur dunia, Bobby Fisher dikategorikan sebagai genius yang mempunyai tahap IQ 150 hingga 160, termasuklah Albert Einstein dan Stephen Hawking yang juga genius dengan mempunyai tahap IQ melebihi 160.

Namun, pada tahun 2017, seorang kanak-kanak India, Arnav Sharma yang tinggal di London telah mengambil ujian IQ yang dihasilkan oleh Mensa, dan telah melepasi tahap IQ Albert Einstein dan Stephen Hawking dengan mencatatkan tahap IQ 162.

arnav sharma

Mensa adalah sebuah pertubuhan bagi orang-orang genius tertua dan terbesar di dunia, menyediakan forum untuk menukar idea-idea intelek melalui syarahan, perbincangan, jurnal, perjumpaan antarabangsa dan banyak lagi. Ia mempunyai melebihi daripada 100 buah negara.

Kami ingin berkongsi dengan anda 5 buah negara yang mempunyai purata IQ tertinggi di dunia menurut kajian dan sumber oleh IQ Research, kajian oleh profesor Psikologi daripada Britain, Richard Lynn dan Tatu Vanhanen, profesor Sains Politik daripada Finland dari 2002 hingga 2006, yang mengendalikan kajian IQ di lebih daripada 80 buah negara.

Kedua-dua profesor ini berpendapat bahawa pendapatan negara berkait rapat dengan perbezaan dalam purata IQ negara. Tambah mereka lagi, walaupun IQ bukanlah satu-satunya faktor, namun ia merupakan satu faktor penting dalam penentu kepada pendapatan negara dan kadar pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Selain itu, sistem edukasi sesebuah negara juga menjadi penyumbang terbesar kepada purata IQ.

Loading...

stephen hawking

Purata sentiasa menjadi kontroversi dan perlu ditafsir dengan berhati-hati. Tujuan kami berkongsi adalah untuk memberikan gambaran akan di mana tahap IQ dunia berbanding dengan purata IQ rakyat Malaysia. Ia juga tidak menentukan bahawa rakyat negara di bawah ini lebih bijak dari anda atau sebaliknya.

Bagi Malaysia, purata IQ adalah 92 dan berkongsi kedudukan ke-12 bersama Ireland dan Greece.

img 20170630 wa0007

Gambar di atas menunjukkan kedudukan 12 negara terbaik dunia berdasarkan tahap penguasaan dan kecerdasan remaja berumur 15 tahun dalam matapelajaran Matematik dan Sains berdasarkan kajian. 5 kedudukan teratas dipelopori oleh negara Asia.

5. China – Purata IQ : 105

china 553

China berada di tangga ke-5 dunia dengan purata IQ sebanyak 105. Negara China berkedudukan kedua dunia dalam pengeluaran dalam negara kasar selepas Amerika Syarikat sebanyak 11,795 billion USD pada tahun 2017. Antara orang yang terbijak dan mempunyai IQ tertinggi di dunia adalah seorang yang berbangsa Cina, Terence Teo, yang lahir di Australia, namun ibu dan bapanya berasal dari Shanghai, China. Sistem pendidikan yang agak ketat dan tegas membuatkan mereka terpaksa mengikut perubahan yang diterapkan.

4. Jepun – Purata IQ : 105

jepun 466

Loading...

Berkongsi di tempat ke-5 dunia, tidak lain tidak bukan adalah Jepun. Jika dilihatkan kepada pertumbuhan ekonomi Jepun dan dengan teknologi yang sedia ada dan masih pesat berkembang, tidak dapat disangkal lagi bahawa Jepun sememangnya layak berada di 5 tangga teratas purata IQ dunia. Tokyo University di tangga ke 48 dunia membuktikan tahap sistem edukasi Jepun. Apa yang lebih mengejutkan adalah kadar celik huruf di Jepun dianggarkan setinggi 99%! Sangat menakjubkan.

Rakyat Jepun juga mempunyai kadar menyelesaikan masalah matematik, sains dan alam semulajadi yang sangat tinggi, selain daripada hebat dalam ujian IQ. Lihat pada rajah di atas di mana kanak-kanak berumur 15 tahun di Jepun menduduki tangga ke-4 dunia dalam matapelajaran Matematik dan Sains.

3. Korea Selatan – Purata IQ : 106

korea selatan

Negara yang mempunyai akses internet terlaju di dunia, Korea Selatan. Sistem pendidikan Korea Selatan dikatakan yang terbaik dan mencabar di dunia. Pelajar di korea terpaksa belajar dan mengulangkaji selama hampir 14 jam setiap hari, sehinggakan kes bunuh diri semakin meningkat menjelang peperiksaan. Ujian kemasukan ke universiti yang sangat sukar menyebabkan mereka terpaksa bersaing sengit di antara satu sama lain.

Syarikat-syarikat besar seperti Samsung, LG dan Hyundai adalah penyumbang terbesar kepada pendapatan Korea Selatan iaitu sebanyak 70%. Teknologi yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat ini adalah hasil daripada kajian-kajian para saintis yang sudah tentunya memerlukan IQ di tahap yang tinggi.

2. Singapura – Purata IQ : 108

singapura 396

Umum mengetahui tahap akademik di Singapore adalah antara yang terbaik di dunia. Berdasarkan keputusan dalam Ujian Pendidikan Antarabangsa, Singapore menduduki tangga teratas dalam matapelajaran Matematik bagi pelajar di sekolah rendah dan sekolah menengah, dengan Amerika Syarikat dan England masing-masing di tangga ke-10 dan ke-11. Ini membuktikan bahawa kepentingan akademik di Singapura amat ditekankan sejak usia yang muda.

Juga kedudukan Nanyang Technological University, Singapore (NTU) yang berada di kedudukan pertama universiti terbaik dunia berusia yang 50 tahun ke bawah dan di tangga ke-4 universiti terbaik dunia dalam bidang kejuruteraan dan teknologi sedikit sebanyak memberikan gambaran kepada anda mengapa Singapura berada di kedudukan ke-2 senarai ini.

1. Hong Kong – Purata IQ : 108

hong kong

Disebabkan kepadatan penduduk Hong Kong yang sangat tinggi iaitu 6480 penduduk satu kilometer persegi dan jumlah penduduk, menyumbang kepada keputusan ini. Pendidikan yang diterima oleh penduduk di Hong Kong lebih mudah dilaras dan diberikan berbanding dengan negara-negara lain.

Tahap IQ dibina sejak usia yang amat kecil lagi. Menurut statistik, Hong Kong mempunyai kadar kematian bayi yang sangat rendah dan merupakan antara terendah di dunia. Kematian bayi berkait rapat dengan kekurangan nutrisi dan dehidrasi, yang mana sangat kurang berlaku di Hong Kong. Menurut kajian oleh National Institute of Mental Health (Amerika Syarikat), kecerdasan dan kepintaran otak seseorang itu berkait dengan perkembangan otak mereka semasa bayi. Ketika fasa perkembangan otak ini lah yang perlu dititikberatkan sekali.

Selain itu, penduduk Hong Kong sangat bijak dalam mengambil ujian. Sistem edukasi Hong Kong secara tak langsung memaksa para pelajar untuk bertungkus lumus memastikan mereka lulus dalam ujian. Salah satu caranya adalah melakukan ujian IQ, dan dengan latihan yang kerap, anda dapat meningkatkan tahap IQ anda. Bukan itu sahaja, Universiti of Hong Kong juga merupakan antara universiti terbaik dunia, di kedudukan 27 dunia, dengan kursus Pergigian di tangga pertama dunia, kursus Pendidikan di tangga ke-7 dan kursus Kejuruteraan Awam dan Struktur di tangga ke-9 dunia.

Sumber : iluminasi

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*