5 Tabiat Buruk Pemandu Malaysia Paling Selalu Dilihat – No 2 Tu Punca Banyak Motorsikal Dalam Bahaya

Loading...
Like Page Kami Di Facebook!
5 tabiat buruk pemandu malaysia paling selalu dilihat

5 tabiat buruk pemandu malaysia paling selalu dilihat
Sumber foto: Mynewshub / Facebook.com/My_CrimeWatch
“Daripada segi kemudahan infrastruktur, negara ini mempunyai kemudahan kelas pertama dunia, namun sikap masyarakat yang menggunakannya masih pada tahap mentaliti kelas ketiga.” Masih ingat kata-kata bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ini?

Mana tidaknya, bermacam-macam jenis tabiat serta kesalahan sering dilakukan pemandu jalan raya sehingga ada yang boleh mengakibatkan kemalangan. Tidak hairanlah, Malaysia tersenarai sebagai salah sebuah negara yang mempunyai kes kemalangan jalan raya tertinggi di dunia.

Jom semak antara tabiat buruk pengguna jalan raya di Malaysia.

1. Memandu laju ketika hujan lebat

5 tabiat buruk pemandu malaysia paling selalu dilihat 1
Sumber foto: readlex.com
Tengok gambar di atas pun sudah cukup mengerikan. Bagaimana boleh wujud mereka yang masih boleh memandu laju sewaktu hujan lebat? Bayangkan, bas persiaran dan lori yang besar gedabak tu pun boleh hilang kawalan dan terbalik. Sudah semestinya kereta mempunyai risiko yang berlipat kali ganda. Tambahkan fokus, bukannya kelajuan!

Tips ringkas:

Pastikan bilah pengelap cermin berfungsi dengan baik.
Pasang lampu utama kenderaan anda, bukannya hazard lightyang menandakan kenderaan anda sedang berhenti.
Jika penghawa dingin tidak berfungsi, turunkan sedikit cermin tingkap sisi untuk udara keluar.
Kelajuan maksimum disarankan ialah sekitar 80-100 km/j. Apabila jalan jadi licin, sukar untuk anda mengawal kenderaan dan proses membrek jadi kurang berkesan.
Pastikan jarak di antara kereta anda dan kenderaan di hadapan adalah selamat.
Jangan langgar lopak air.
Jika hujan terlalu lebat, berhenti di tempat yang selamat seperti kawasan rehat dan rawat atau stesen minyak.

2. Menggunakan telefon bimbit sambil memandu

5 tabiat buruk pemandu malaysia paling selalu dilihat 2
Sumber foto: konsumerkini.net.my
Seiring dengan perkembangan teknologi, aplikasi permesejan seperti WhatsApp, Facebook Messenger dan WeChat buat ramai makin susah nak ‘berpisah’ dengan peranti pintas kesayangan anda itu. Ramai yang ambil kesempatan dek kerana kesalahan ini sukar dibuktikan dari segi undang-undang.

Sedarlah perbuatan ini bukan hanya mengancam nyawa anda, malah manusia lain yang tidak berdosa. Mungkin anda boleh mutekan sahaja telefon anda itu sebelum memandu. Mesej yang masuk bertalu-talu itu kadangkala datang dari kumpulan Whatsapp yang tak penting pun.

Loading...

Jika melibatkan panggilan kecemasan, gunakan earphones. Paling digalakkan ialah dengan berhenti di tempat yang selamat.

Aktiviti berikut juga boleh mengganggu konsentrasi sewaktu memandu:

Makan dan minum
Merokok
Menggunakan sistem navigasi
Menukar siaran radio
Menukar suhu penghawa dingin
Memakai gincu, betulkan tudung bagi wanita

3. Memotong di double line

5 tabiat buruk pemandu malaysia paling selalu dilihat 3
Sumber foto: Sinar Online
Memotong di double line (garisan berkembar) merupakan kesalahan berat. Ini kerana struktur jalan raya tersebut sempit atau melibatkan selekoh-selekoh merbahaya.

Namun ada segelintir pemandu ‘lesen terbang’ yang berperangai membabi buta oleh sebab tidak sabar dengan kenderaan di hadapan seperti lori atau bas yang dipandu perlahan. Ada yang kereta padat sampai 6 orang macam ‘tin sardin’ namun masih berhajat nak potong di double line, kuat sangat ke pickup? Memang cari nahaslah jawabnya.

Jangan cipta alasan seperti “Dah orang depan tu bawa slow sangat sampai 40km/j, mana aku tak naik marah. Aku pun potong lah”. Biar lambat asal selamat, nyawa kan cuma ada satu. Kalau line putus-putus tiada siapa pun yang ambil peduli. Penat-penat JKR kaji jalan mana patut buat double line,tapi tak mahu patuh.

Jangan sampai orang kata pemandu Malaysia ini ramai yang berangan-angan nak jadi pemandu Formula 1 sampai sanggup ikut undang-undang sendiri. “Kenapa tak boleh? Aku bayar roadtax kot?” Kalau anda nak kereta takpun badan anda putus dua, silakan.

4. Double park tapi tak tinggal nombor telefon

5 tabiat buruk pemandu malaysia paling selalu dilihat 4
Sumber foto: mikeleo.wordpress.com

Loading...

Double parking (parkir bertindih) ialah kesalahan biasanya berpunca dari kekurangan tempat parkir. Namun, ada juga golongan double parker ini yang parkir di depan pintu kedai kerana tidak mahu berjalan jauh. Kalau boleh tak nak cari parkir jauh sikit, sampai jalan jadi sesak disebabkan mereka. Bila terkena pada batang hidung sendiri, tahu pula mengamuk.

Double parking ini bukan saja biadap malah mementingkan diri sendiri kerana kereta di dalam terpaksa menunggu mereka. Alasan yang sering diberi si double parker ialah mereka hanya keluar sebentar sahaja. Kalau dah sampai setengah jam tu bukan sekejap namanya tahu?

Adab kalau nak double park kereta diambil dari Facebook Gambar Kesalahan Jalanraya:

Bagi kereta auto, letakkan gear pada kedudukan ‘N’.
Jangan tarik atau angkat hand break (brek tangan).
Tinggal kan nombor telefon di cermin kereta.
Jangan berada terlalu jauh dari kereta.
Jenguk kereta tu kerap sikit. Mana tahu orang yang anda block tu kredit habis.
Alert dengan bunyi hon. Mungkin anda dah block kereta orang tua yang lupa bawa telefon.

5. Membuang sampah keluar dari tingkap

5 tabiat buruk pemandu malaysia paling selalu dilihat 5
Sumber foto: Mynewshub
Segelintir pemandu suka membuang keluar sampah sarap kecil seperti beg plastik, tisu dan puntung rokok melalui tingkap kereta. Ia bukan sahaja tak bertamadun, malah turut membahayakan pengguna jalan raya lain.

Paling tak tahan tu, boleh pula buat ‘muka tak bersalah’ macam tiada apa-apa yang berlaku. Bayangkan kalau sampah itu tercampak pada cermin kereta lain. Apa salahnya beli tong sampah mini dekat Daiso untuk letak dalam kereta. Tak sampai RM10 pun!

Bak kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan “Jika dikenakan hukuman bunuh sekalipun, sikap pemandu super hero di negara ini tidak akan berubah”. Meskipun hukuman, penguatkuasaan, beribu-ribu saman dan kompaun telah dikeluarkan, namun ia masih dipandang enteng dan remeh. Sama-sama kita renungkan.

Sumber iluminasi.com

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*