7 SEBAB TEPUNG JAGUNG PUN BOLEH CANTIKKAN WAJAH, 4 PETUA SEMULAJADI WANITA BOLEH CUBA!

Loading...

Loading...
7 Sebab Tepung Jagung Pun Boleh Cantikkan Wajah, 4 Petua Semulajadi Wanita Boleh Cuba!

7 Sebab Tepung Jagung Pun Boleh Cantikkan Wajah, 4 Petua Semulajadi Wanita Boleh Cuba!

Selama ini kita rasa Tepung Jagung hanya digunakan dalam masakan terutamanya untuk pekatkan kuah. Tapi ramai wanita yang tak tahu bahawa Tepung Jagung ini juga boleh digunakan sebagai ramuan semulajadi untuk cantikkan wajah. Kandungan nutrisi yang ada pada Tepung Jagung dikatakan baik untuk atasi masalah seperti kulit jerawat & berparut, kulit berminyak & berpori besar,kulit kering & kusam serta mampu menjadikan wajah cerah dan berseri-seri.

Berikut merupakan perkongsian rahsia kecantikan Tepung Jagung daripada Puan Sarifa Redzuan II atau lebih dikenali Cikgu Pah yang sering menganjurkan bengkel dan kelas SPA secara online sebagai rujukan.
Rahsia Kecantikan Tepung Jagung

Ramai yang tanya cikgu, apa yang bagusnya guna tepung jagung dalam resipi cikgu .
Okay, meh nak cerita RAHSIA KECANTIKAN tepung jagung.

1.VITAMIN A yang ada dalam tepung jagung dapat menghilangkan bintik gelap/coklat serta mencerahkan tona kulit.

2.Mineral seperti KALSIUM dan BESI merangsang pertumbuhan semula sel-sel baru dan membantu mengekalkan fungsi kulit yang sihat.

3.Penyelidikan yang meluas dijalankan mengatakan bahawa ZINK dalam tepung jagung boleh membantu mengurangkan masalah jerawat.

4.Tepung jagung menyerap dan dapat mengawal minyak berlebihan.

Loading...

5.Kotoran terkumpul di atas kulit adalah sebab utama di sebalik gangguan kulit. Jadi, tepung jagung membantu mengangkat kotoran ini dan menjadikan kulit bersih dan lembut.

6.VITAMIN C dengan agen antioksidannya melawan radikal bebas yang merosakkan membran sel. Seiring dengan ini, ia meningkatkan tekstur kulit dan mengurangkan kedutan. Ia melegakan sunburns kecil dan menyembuhkan gigitan serangga.

7.VITAMIN B1 dan B2 dalam tepung jagung juga membantu menghidrat kulit dan menggalakkan kulit lebih sihat.

Tepung jagung sangat membantu untuk memudarkan bintik coklat dari wajah. Vitamin dan mineral lain dalam tepung ini berusaha menyuburkan kulit dan menjadikannya berseri secara semulajadi.

Cikgu dah kongsi beberapa resipi masker guna tepung jagung mengikut permasalahan kulit . Tengok gambar kat bawah yang cun melecun tu.

 

tepung jagung

tepung jagung

Loading...

tepung jagung

tepung jagung

Boleh la cuba dan konsisten untuk hasil yang boom.

Selamat Mencuba

Sumber: Sarifa Redzuan II

Loading...
Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*