9 stereotaip yang tetap membezakan lelaki dan perempuan walaupun masyarakat semakin moden

Loading...
Like Page Kami Di Facebook!
Loading...
9 stereotaip yang tetap membezakan lelaki dan perempuan walaupun masyarakat semakin moden

9 stereotaip yang tetap membezakan lelaki dan perempuan walaupun masyarakat semakin moden

Pada zaman dahulu, kaum lelaki diwajibkan untuk melakukan kerja-kerja berat yang tidak mampu dilakukan oleh wanita manakala kaum wanita pula dikatakan harus memahirkan diri dalam melakukan pekerjaan rumah seperti memasak, mengemas, menjahit dan sebagainya.

Namun pada zaman serba moden ini, hak dan kuasa antara kaum lelaki dan wanita boleh dikatakan pada tahap yang sama. Selain itu, mereka turut memainkan peranan yang sama.

Sebagai contoh, kita boleh lihat lambakan tukang masak dan tukang jahit lelaki membanjiri dunia kulinari dan fesyen. Sementara itu, sesetengah kaum wanita pula meminati bidang kejuruteraan dan boleh bekerja di bawah terik matahari sama seperti lelaki.

Akan tetapi, walaupun kesamarataan antara kedua-dua jantina ini semakin ketara, masih terdapat sesetengah perkara yang agak stereotaip. Oleh itu, Yang Liu iaitu seorang pereka Jerman telah menghasilkan beberapa gambaran mengenai stereotaip di dalam buku bertauk Man meets Woman.

Menurutnya, masih terdapat beberapa perkara yang tetap akan membezakan antara lelaki dan perempuan. Misalnya:

#1 Kerja rumah

Loading...

Kredit: Secret China

Jika lelaki yang melakukan kerja rumah, mereka akan digelar sebagai suami moden terbaik manakala wanita tetap akan digelar sebagai surirumah. Tambahan pula, masyarakat mengganggap wanita memang harus melakukan semua kerja rumah.

#2 Mengemas beg bagasi

Kredit: Secret China

Sebelum mengembara, kaum lelaki memerlukan beberapa minit untuk mengemas beg dan hanya membawa barangan yang diperlukan sahaja. Wanita pula akan membuat perancangan teliti tentang apa yang perlu dipakai setiap hari dan mereka akan mengemas seperti hendak berpindah.

#3 Keupayaan bekerja

Loading...

Kredit: Secret China

Dalam melakukan sesuatu tugasan, kaum lelaki akan melakukannya mengikut susunan satu per satu. Wanita pula dikatakan pakar dalam melakukan pelbagai tugasan dalam satu masa. Wanita boleh memasak sambil melayari Facebook dan menjaga anak kecil. Itulah kehebatan wanita.

#4 Imej peribadi

Kredit: Secret China

Walaupun memiliki perut buncit, lelaki tetap menganggap mereka memiliki tubuh yang cantik dan berasa yakin dengannya. Sementara itu wanita pula tidak pernah berpuas hati dengan imej bentuk badan mereka.

Justeru, ramai wanita yang cenderung untuk melakukan pembedahan plastik, mengambil suplemen kecantikan dan sebagainya. Apabila wanita melihat diri mereka di cermin, mereka akan merasakan ketidaksempurnaan pada tubuh mereka walaupun hakikatnya, mereka sudah cukup kurus dan cantik.

#5 Senjata paling berkuasa

Loading...

Kredit: Secret China

Senjata paling berkuasa buat kaum lelaki adalah kesenyapan mereka manakala senjata bagi wanita pula, air mata.

#6 Matlamat untuk setiap peringkat hidup

Kredit: Secret China

Matlamat wanita pada peringkat umur 15 hingga 60 tahun adalah untuk memiliki bentuk badan yang ideal dan sempurna. Namun, matlamat hidup lelaki adalah sentiasa berubah sepanjang masa dan mereka sentiasa dipenuhi dengan cita-cita yang tidak berkesudahan.

#7 Perbualan telefon

Loading...

Kredit: Secret China

Gambar di atas menunjukkan perbezaan perbualan antara lelaki dan wanita. Tujuan lelaki menghubungi seseorang menerusi panggilan telefon adalah untuk menyampaikan sesuatu secara terus (straight to the point). Kaum wanita pula akan bercerita mengenai segala-galanya semasa berbual di dalam telefon.

#8 Barangan misteri dan wajib diketahui

Kredit: Secret China

Lelaki tidak mampu menamakan satu pun barangan kosmetik wanita. Bagi wanita pula, mereka tertanya-tanya mengapa kaum lelaki perlu memiliki begitu banyak peralatan pertukangan yang pelbagai saiz dan bentuk. Misalnya, spanar dengan saiz tertentu.

#9 Pertandingan

Loading...

Kredit: Secret China

Kaum lelaki mempunyai pemikiran bahawa mereka dilahirkan untuk memenangi sesuatu.

Wanita pula akan berhadapan dengan metafora dikenali sebagai siling kaca yang merujuk kepada halangan tidak formal yang sukar dilihat dan membuatkan kaum wanita sukar untuk dinaikkan pangkat, diberikan kenaikan gaji dan pelbagai lagi peluang lain.

Ia disebut sebagai kaca kerana ia bukannya halangan yang boleh dilihat dan wanita mungkin tidak akan menyedari akan kewujudan halangan tersebut sehinggalah ia ‘memecahkan kaca’ tersebut.

Dalam erti kata yang lebih mudah, lelaki sentiasa berani menghadapi sesuatu demi memenanginya tetapi wanita lebih cenderung untuk berada pada tahap yang selesa.

Era Baru

Loading...
Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*