“Akhirnya Neelofa Jodoh Saya” – Ahli Perniagaan

Loading...

Loading...

SEORANG ahli perniagaan iaitu Izdihar Rosland, terkejut apabila dia terbayang wajah selebriti terkenal Neelofa ketika sedang berdoa di Multazam ketika menunaikan ibadah Umrah di Makkah.

Izdihar, 31, berkata kejadian tersebut berlaku pada tiga tahun lalu sebelum dia mengenali pelakon Suri Hati Mr. Pilot itu.

“Saya sangat terkejut secara tiba-tiba wajah Neelofa muncul ketika saya sedang berdoa sambil menyentuh Multazam. Selain dia, saya juga terbayang wajah abang.

“Kejadian ini terjadi pada tiga tahun lalu. Masa itu saya pergi umrah untuk bawa diri sebab perniagaan minyak yang saya usahakan mengalami masalah.

“Jadi, tujuan saya ke sana untuk berdoa meminta hidayah. Tak sangka pula, wajah Lofa yang muncul,” kata Izdihar kepada mStar Online.

Izdihar yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Fabulous Sdn Bhd, ditemui ketika majlis pelantikan Neelofa sebagai duta produk Chew N’ Glow yang berlangsung di Dewan Mercu Mustapha Kamal, Damansara pada Sabtu lalu.

Selain Neelofa, Izdihar juga terbayang wajah abangnya ketika sedang berdoa di Multazam.

Loading...

Dalam pada itu Izdihar menganggap bayangan tersebut adalah petanda jodohnya dengan Neelofa dan kini menjadi realiti.

Bagaimanapun menurut Izdihar, ia bukan bermaksud jodoh berkahwin tetapi bekerjasama dengan Neelofa dalam perniagaan produk kesihatan keluaran syarikatnya.

“Tak sangka bayangan tersebut adalah petanda Neelofa jodoh saya. Tapi bukan jodoh kami berkahwin. Jodoh bekerjasama dalam bisnes produk keluaran syarikat saya.

“Selepas daripada itu, saya ada hubungi Neelofa untuk membuat ulasan produk saya di Instagramnya.

“Manakala pada awal tahun ini, saya melantiknya sebagai duta untuk produk Chew N. Glow keluaran syarikat saya,” ujarnya.

Loading...
Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*