Anda mahu gigi yang sihat, cantik dan menawan? Oleh itu, hindarilah beberapa makanan INI supaya hasrat anda tercapai

Loading...
Like Page Kami Di Facebook!
Anda mahu gigi yang sihat, cantik dan menawan? Oleh itu, hindarilah beberapa makanan INI supaya hasrat anda tercapai

Anda mahu gigi yang sihat, cantik dan menawan? Oleh itu, hindarilah beberapa makanan INI supaya hasrat anda tercapai

Gigi yang sihat dan bersih akan menghasilkan senyuman yang menawan dan pasti setiap orang mengimpikannya. Selain menjaga kebersihan gigi, terdapat beberapa makanan yang perlu anda hindari kerana ternyata kerosakan gigi juga berpunca daripada makanan yang anda makan setiap hari.

Kredit: 54Health.com

# Acar

Jus jeruk atau air garam adalah sangat berasid. Ia boleh memecahkan enamel gigi jika anda memakan acar dalam kuantiti yang banyak.

Kredit: Daily Cooking

Loading...

# Kiub ais

Kerap mengunyah ais akan menyebabkan keretakan pada gigi, kerosakan pada enamel gigi dan menjadikan otot rahang sakit. Selain itu, ia akan menjadikan gigi anda sangat sensitif terhadap minuman atau makanan yang panas dan sejuk dan akan lebih mudah berlubang.

Kredit: iStockphoto

# Buah-buahan kering

Kismis atau buah-buahan kering seperti kranberi, mangga dan nanas adalah sangat tidak bagus untuk gigi anda kerana ia sangat berasid dan mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi.

Apabila ia melekat pada gigi secara tidak langsung akan menyebabkan kerosakan pada gigi anda.

Loading...

Kredit: FTFTFC

# Kerepek kentang

Makan kerepek kentang dengan kuantiti yang banyak boleh menyebabkan ianya terselit pada gigi. Secara tidak langsung kesan tindak balas air liur itu akan mengubah tepung yang terdapat pada kerepek kentang menjadi gula dan akhirnya akan merosakkan gigi anda.

Kredit: useast-cdn.skinnyms.com

# Minuman keras daripada anggur

Wain (minuman keras yang dibuat daripada anggur) amat buruk untuk gigi anda kerana ia berasal dari buah anggur yang merupakan buah-buahan berasid.

Kredit: obino.in

# Minuman ringan berkarbonasi

Minuman ini memang menjadi kegemaran kanak-kanak dan remaja. Selain ia dibuat dengan menggunakan gula yang tinggi kandungannya, ia juga mengandungi asid fosforik dan sitrat yang merosakkan enamel gigi dan menyebabkan gigi berlubang.

Kredit: The Trent Online

# Teh atau kopi

Kandungan kafein yang tinggi dalam teh atau kopi bukan sahaja menyebabkan gigi menjadi kuning dan mengeringkan mulut malah ia juga merosakkan enamel gigi. Kandungan gula yang terdapat di dalam teh atau kopi juga menyebabkan gigi menjadi tempat pembiakan bakteria.

Kredit: VTimes

# Gula-gula

Kandungan gula dalam gula-gula seperti lolipop adalah sangat tinggi yang sudah tentu akan merosakkan gigi anda. Bayangkan berapa banyak gula yang anda telah makan jika menghisap lolipop dalam jangka masa yang lama. Pasti gigi anda akan cepat berlubang.

Selain itu, gula-gula bergetah seperti ‘gummy bear’, ‘gummy worm’, ‘sugus’ juga adalah gula-gula yang paling berasid. Ia bukan sahaja merosakkan enamel gigi malah akan menyebabkan gigi mudah rapuh dan pecah.

Kredit: 51 Cats

Sebenarnya anda bukanlah tidak langsung boleh makan makanan tersebut tetapi harus mengambilnya dalam kuantiti yang sedikit.

Apa jua makanan, jika diambil secara berlebihan pasti akan mendatangkan kesan buruk pada kesihatan. Semoga perkongsian ini akan memberi peringatan demi menjaga kesihatan gigi anda.

Era Baru

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*