Bahaya apabila tilik nasib dikaitkan dengan agama. Ayat al-Quran diguna salah konteks dan separuh-separuh

Loading...

Loading...

Bahaya apabila tilik nasib dikaitkan dengan agama. Ayat al-Quran diguna salah konteks dan separuh-separuh. Sedangkan dalam ayat lain Allah jelas mengharamkan tilik nasib. Firman Allah:

(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ)
[Surat Al-Ma’idah 90]

Maksudnya: Wahai orang -orang beriman, sesungguhnya arak, judi berhala dan tenung nasib adalah jijik dari amalan Syaitan. Jauhilah ia mudah-mudahan kamu berjaya.

Image may contain: 3 people, text

Sabda Nabi Sallallah alaih wasallam:

مفاتح الغيب خمس لا يعلمها إلا الله، لا يعلم ما في غد إلا الله.

Maksudnya: kunci ghaib itu lima yang tidak diketahui melainkan Allah, tidak ada yang mengetahui apa yang berlaku esok hari melainkan Allah… (HR Bukhari)

Loading...

Jangan cuba kaitkan ramalan ini seperti ramalan cuaca kerana ramalan cuaca berpegang dengan kanun sebab dan musabbab yang diterima oleh pakar!

Moga Allah jauhkan kita dari kebebalan akal dan jiwa.

Sumber Dr Rozaimi Ramle

Loading...
Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*