Begini cara pramugari dilatih sebelum layak terbang di awan biru

Loading...
Like Page Kami Di Facebook!

Kerjaya di awan biru sebagai kru penerbangan sememangnya menjadi kerjaya idaman kebanyakkan ramai orang, terutamanya di kalangan wanita.

Meskipun kerjaya bergelar sebagai pramugari itu cukup popular, namun tidak ramai yang mengetahui proses sebenar bagaimanakah latihan yang perlu dijalani sebelum calon-calon pramugari ini dibenarkan untuk terbang tinggi bersama-sama dengan kru penerbangan yang lain.

Syarikat penerbangan kebanggaan Singapura, Singapore Airlines (SIA) bersempena dengan ulangtahun yang ke-70 syarikat tersebut tahun ini telah berkongsi dengan masyarkat cara-cara bagaimanakah calon pramugari mereka dilatih sebelum layak bergelar pramugari yang bertauliah.

Menurut SIA, calon pramugari diwajibkan untuk menjalani latihan yang ketat selama 15 minggu. Modul latihan ini termasuklah latihan asas untuk kemahiran peribadi, latihan untuk tugasan dalam kapal dan juga latihan keselamatan.

Latihan berjalan

Calon pramugari perlu menjalani latihan berjalan, menaiki dan menuruni anak tangga dengan memakai baju kebaya.

Imbang, senyum dan tegak

Calon pramugari perlu mahir mengimbangi 18 gelas air yang seberat 3kg sehingga 5kg dengan senyuman dan postur badan yang baik.

Loading...

Pengendalian makanan

Calon akan didedahkan dengan menu-menu yang dihidangkan di dalam pesawat dan cara-cara untuk menghidangkannya mengikut standard SIA.

Latihan asap

Calon sedang menjalani latihan asap dan cara-cara mahu menyelamatkan diri dan penumpang sekiranya berlaku kebakaran di dalam kabin.

Latihan kebakaran

Calon didedahkan dengan cara penggunaan alat pemadam kebakaran.

Kelas kecantikan

Calon akan diajar untuk menggunakan mekap yang betul supaya sesuai dengan warna kebaya mereka.

Loading...

Latihan kecemasan

Calon akan diajar cara-cara menggunakan gelongsor kecemasan.

Calon dilatih cara untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku pendaratan di dalam air.

Calon diajar cara-cara penggunaan jaket keselamatan supaya dapat terapung dengan betul di dalam air.


 Sumber: taikotai.tv

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*