Bekas Pelajar Belanja Semua Gurunya Melancong Ke Luar Negara

Loading...

Loading...

Baru-baru ini tular kisah seorang lelaki bernama Fredy yang merupakan alumni Sekolah Menengah Atas (SMA) Negeri 1 Pekalongan secara tiba-tiba datang berjumpa pengetua sekolah tinggi tersebut untuk menyatakan hasratnya mengajak semua guru yang pernah mengajarnya pergi melancong ke Eropah.
 
Memetik laporan portal Kompas.com, pengetua yang hanya mahu dikenali sebagai Sulikin pada mulanya beranggapan bekas pelajar itu hanya bergurau sahaja. 
 
Namun, selepas tiga bulan apa yang diperkatakan Fredy memang benar dilakukannya. 
 
“Banyak guru sudah usia agak tua, saya saran destinasi yang dekat saja,” jelas Sulikin.
 
Maka destinasi perjalanan yang dirancang di Eropah kemudian diubah kepada percutian di dua buah negara jirannya, Malaysia dan Singapura.
 
“Semuanya kelas satu. Ini perjalanan paling berkesan sepanjang hidup saya,” ucap Sulikin.
 
“Jarang saya melihat orang seperti itu,” tambah Sulikin. Fredy bagaimanapun tidak ikut sekali dalam perjalanan ke Malaysia dan Singapura. Dia hanya menghantarkan agensi pelancongan untuk memandu rombongan itu berlibur.
 


sumber : Kompas.com

 

Dilaporkan Kumpulan guru itu selamat berada di dua buah negara tetangga itu selama lima hari sebelum kembali ke tanah air pada 24 September lalu.
 
Media tempatan melaporkan, Fredy memang sudah bernazar sejak di sekolah menengah lagi untuk mengajak guru-gurunya melancong ke luar negeri kerana dia pernah mengalami kecelakaan yang cukup parah ketika itu.- CARI
 
 

 sumber cari

Loading...
Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*