Benarkah Harga Kereta di Malaysia Mahal? Penasihat Kewangan Ini Buat Perbandingan

Loading...
Like Page Kami Di Facebook!
kereta-malaysia-mahal-bg

kereta-malaysia-mahal-bg
POLEMIK mengenai harga kereta di Malaysia mahal memang tidak pernah sunyi didebatkan. Ada saja perbandingan pro dan kontra. Tanpa menafikan fakta mengenai harga kereta di Malaysia mahal, pada masa kita juga tidak boleh mengetepikan harga kereta di negara ini masih dalam lingkungan mampu milik dan murah juga.

Sesetengah pakar ekonomi dan automotif di negara-negara jiran turut memuji kerjasama dan kolaborasi antara dasar Kerajaan, pihak perbankan dan pengeluar automotif di Malaysia menerusi sistem pinjaman kenderaan yang dilihat banyak membantu industri automotif di Malaysia menjadi dinamik, anjal dan berdaya saing. Malah, ia dilihat menjadi sebab kuat kenapa Malaysia menjadi satu-satunya negara Asean yang masih kekal sukses dengan dasar kereta nasional.

TOYOTA VIOS MALAYSIA VS INDONESIA

Berikut ialah pendapat penasihat kewangan, juga Penyelia Agensi di CIMB Wealth Advisors Berhad, Khairul Ezwan (Key) yang ditulis dalam Facebooknya mengenai perihal pemilikan kereta di Malaysia dan Indonesia. Status beliau itu mungkin akan menjawab beberapa persoalan anda semua mengenai benarkah harga kereta di Malaysia melampau mahal? Benarkah harga kereta di negara lain, khususnya negara-negara Asia Tenggara (Asean) dan Indonesia sangat murah berbanding negara ini?

Apapun, perbandingan yang dibuat Khairul adalah berdasarkan skim kredit bank dan harga minyak. Ada banyak perkara lain yang boleh diperhalusi seperti kos sara hidup, kos alat ganti dan senggara, nilai jual beli, dasar percukaian dan macam-macam. Apapun, pendapat tuan Khairul memang munasabah dan boleh diterima pakai selagi kita bersikap rasional, tenang dan sporting berasaskan semangat hujah dibalas hujah.

* Artikel di bawah disunting supaya menepati skema penulisan laman web kami dan tanpa mengubah maksud asal penulis. Status asal boleh klik pada pautan sumber di bawah atau nama penulis di atas.

Pemilikan Kereta di Malaysia berbanding Pemilikan Kereta di Indonesia
HARGA KERETA
Harga kereta di Indonesia lebih murah? Oh, tidak. Lihat spesifikasi Toyota Vios di Malaysia bermula harga RM76,500 untuk low spec, manakala low spec Toyota Vios di Indonesia bermula harga Rp272,400,000 atau lebih kurang RM90,000.
DEPOSIT
Jika di Malaysia kita boleh beli kereta dengan deposit hanya 10% daripada harga jualan kereta. Malah, ramai yang beli dengan deposit 0%, betulkan? Jika di Indonesia, deposit minimum mereka ialah 25% daripada harga kereta. Mereka cuma boleh buat pembiayaan 75% sahaja daripada harga kereta. Jika harga Toyota Vios bersamaan RM90,000, maka deposit minimum untuk membeli kenderaan itu ialah RM22,500.
TEMPOH PEMBIAYAAN BANK
Jika di Malaysia, tempoh pembiayaan kenderaan, kita mempunyai pilihan hingga tempoh maksimum 9 tahun atau 108 bulan. Jika di Indonesia, tempoh maksimum pembiayaan adalah untuk tempoh 5 tahun atau 60 bulan sahaja. Itu pun bergantung kepada kedudukan kewangan peminjam, mungkin juga 1 hingga 4 tahun sahaja mengikut persetujuan bersama antara peminjam dan pihak bank.
FAEDAH & KADAR UNTUNG BANK (INTEREST & PROFIT RATE)
Jika di Malaysia , kadar faedah atau kadar untung bank adalah tetap 3% setahun dengan tempoh pembiayaan 9 tahun pun dikira tinggi. Di Indonesia tempoh pembiayaan maksimum ialah 5 tahun sahaja dengan faedah atau kadar untung fix 9.5% setahun.

khairul-ezwan-harga-vios-indo-2017

khairul-ezwan-harga-vios-malaysia-2017

Loading...

khairul-ezwan-pinjaman-kenderaan-indo-2017

khairul-ezwan-pinjaman-kenderaan-indo-2017-2

HARGA MINYAK
Harga minyak di Malaysia untuk RON95 sekarang adalah RM2.10 (kemas kini: RM2.30), manakala di Indonesia Pertamax92 berharga lebih kurang RM2.55 duit Ringgit Malaysia (kemas kini Rp8050 @ RM2.67).

Jika di Indonesia , membeli sebuah Toyota Vios memerlukan deposit minimum RM22,500 dan bayaran bulanan bank serendah RM1,660 untuk tempoh pembiayaan maksimum 5 tahun. Agak-agaknya berapakah pendapatan mereka di Indonesia yang layak untuk memakai sebuah Toyota Vios baru? Siapa kata kos hidup di Indonesia rendah? Pergi sana lihat sendiri.

Agak-agaknya jika polisi pemilikan kenderaan di Malaysia ni tiba-tiba diubah sama seperti Indonesia, berapa kerat je la agaknya yang mampu beli kereta barukan? Feel lucky to be Malaysian kan? Tak ada deposit, gaji tak besar pun masih boleh beli Toyota Vios. Mahal-mahal Toyota Vios kat Indonesia, dia orang buat jadi teksi je. Kejam tak? 😂😂

– KEY –

Sumber

Loading...

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*