Budak Melayu Malas Cari Kerja !!! Tindakan Perempuan INI Buat Ramai Bangga !!!

Loading...
Like Page Kami Di Facebook!

Budak Melayu Malas Cari Kerja !!! Tindakan Perempuan INI Buat Ramai Bangga !!! | Nama aku Ana, aku berumur 25 tahun dan sudah bekerja di Sebuah kilang di Utara Tanah Air. Aku bukan graduan dari universiti di selatan , tapi aku tergerak hati nak share satu cerita dengan korang semua.

Gambar Hiasan

Dulu masa aku habis SPM, aku duduk rumah sahaja tengok tv dan tunggu keputusan UPU keluar. Aku contact kawan-kawan aku masa sekolah dulu tanya khabar mereka, ternyata mereka baik-baik sahaja dan sementara menunggu tawaran sambung belajar; kebanyakan mereka bekerja di kilang-kilang dan pasaraya. Aku tak tahu apa yang merasuk fikiran, lantas mempersendakan mereka dalam hati aku. selamba sahaja aku cakap mereka tiada masa depan. Ya aku tahu, teruk nya aku.

Tak lama selepas itu, selang beberapa bulan, aku dapat tawaran masuk ke sebuah universiti Swasta di Selangor. Uni aku tu agak well known lah jugak. Di sana , aku ambil program Asasi setahun.

Selesai sahaja program asasi aku itu, aku balik bercuti di rumah selama 3 bulan. Mak aku bising-bising sebab aku duduk sahaja, menghabiskan beras katanya. haha. lalu aku pun mengambil keputusan untuk bekerja. Merata aku cari kerja, tapi semua reject aku atas alasan aku nak bekerja sekejap sahaja. Memang lah, aku cuma mahu kerja untuk 3 bulan sahaja. Aku hampa, tetapi masih lagi mahu mencari duit poket. Sekurang-kurangnya ada jugak la benda nak dibuat.

satu petang, aku balik rumah dan mak cakap kat aku , “kilang tempat siti anak pak cik mail tu ada nak pakai operator.. cuba kamu mintak situ.. dapat la jugak duit untuk topup handphone..”

aku pun macam.. “eh… kilang?? apa kelas kerja kilang??” . Lalu mak aku berikan jelingan menusuk kalbu dia tu. aku pun pasrah je lah. Esoknya aku pergi ke kilang tu. Tak jauh dari rumah aku, 5 KM sahaja. Lalu aku jumpa siti di pondok guard, dan siti bawa aku menuju ke HR. di sini bermula cerita aku.

Aku perhati mereka yang duduk di dalam ofis, semua berpakaian segak. cantik. Mata masing-masing menghadap skrin monitor dan tangan ligat menaip tanpa peduli siapa pun yang lalu lalang. tak apa, ini baru first impression sahaja.

Loading...

ketika di-interview, aku ditanya sama ada mahu bekerja sekejap sahaja atau lama ; dan pelbagai soalan diajukan. Selesai interview dan ujian . aku dibawa turun ke shopfloor. tempat dimana semua operator bekerja. Untung nasib aku kerana kilang aku ni ambil semua orang melayu bekerja, tiada satu pun orang asing. kebanyakannya Makcik-makcik.

aku dihantar ke Leader untuk dilatih selama 3 hari. Oh, kilang aku ni kilang automotif. selesai 3 hari latihan, baru aku dimasukkan ke dalam Team aku yang diketuai oleh En Nizam (supervisor aku) . Team aku ni ramai orang muda. katanya orang muda ini rajin dan cepat tangkap apa yang diajar. So aku rasa selesa lah.

Sepanjang bekerja di sana, aku berkenalan dengan beberapa orang kawan baru. Kebanyakan mereka graduan yang sedang menganggur dan menunggu pekerjaan tetap. kos mereka di universiti bukan biasa-biasa, ada yang civil engineering, medic, account, dan beberapa kos lagi aku tak ingat. dah mereka baru sahaja habis belajar. kebanyakan makcik2 dalam tu pulak saja je nak kerja sebab boring duduk rumah, anak takde ; masuk poli , Uni, etc.

3 bulan aku kerja kilang, hidup aku berubah 360. kalau selama ni aku pandang rendah kat orang, Tuhan warning aku. Dia jadikan aku dikalangan orang-orang yang aku pandang rendah tu. Hebat Allah Taala. 3 Bulan berlalu, aku berhenti kerja, sambung belajar masuk Degree. Lepas habis degree, setahun aku menganggur. cari kerja sana sini tak dapat-dapat. last-last aku buat keputusan untuk masuk balik dalam industri kilang-kilang ni.

Alhamdulillah, rezeki aku diterima masuk company sekarang ni. aku antara eksekutif termuda la dalam kilang ni. Umur 24 (2016). eksekutif lain2 semua macam berusia sikit. hehe. Team aku, bawah aku ada 40 orang perempuan Malaysia yg kerja dengan aku. 30 orang daripadanya budak-budak lepasan SPM. baru-baru ini, kan result SPM keluar. so Team aku terpaksa tutup kedai lah sebab 30 orang cuti hari result keluar tu.

dan teka apabenda.

esoknya diorang datang kerja, muka berseri je masing-masing.

aku tanya apahal senyum-senyum ni. nak kahwin dah ker??

Loading...

lepas tu diorang bagitahu lah result SPM diorang kat aku.
mostly 4 A keatas wei. hahahah. apsal lah engkorang ni kerja kilang. diorang macam aku lah masa muda-muda dulu. kerja sebab nak cari duit poket je. bukan nak komited sangat pun.

Ternyata tanggapan aku terhadap pekerja kilang yang muda-muda ini bodoh belaka Tu SALAH SEKALI. tidak. mereka tidak bodoh. Mencari duit poket itu tidak bodoh. aku yang bodoh kerana terlalu awal judge diorang. Mungkin ini mindset yang orang2 tua selalu terapkan pada anak-anak yang kalau kau kerja kilang = kau bodoh. Pesan aku pada semua orang, tolong sangat-sangat jangan pandang rendah pada pekerja-pekerja kilang ni. Ya betul tempat kerja diorang tak se-Gah tempat kerja korang, tapi apa beza kau dengan dia? Makhluk Tuhan jugak.

coretan ni untuk motivasi semua pelajar lepasan SPM, penganggur dan pekerja kilang. aku pun pekerja kilang, tak ada apa yang dimalukan. Aku pernah jadi orang bawah, dan juga orang atas. Rezeki itu Tuhan yang tentukan. Usaha lebih, bersyukur, nanti Tuhan bagi lebih. insyaAllah. aku doakan semua pekerja (tak kisah la kerja apa pun) semoga terus sukses dan kental hidup.

Sumber : Ana

P.S. 1 – CCTV JPJ Rakam Imej Bungkusan Kain Kapan Dalam Kereta Warga Singapura Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – ANEH Suami Selalu Pulang Rumah Mak. Akhirnya Apa Yang Suami Buat Di Rumah Maknya TERBONGKAR !!!
P.S. 3 – Malam Pertama Saya Salin Pakaian Di Bilik Lain. Gara-Gara Ini Suami Buat Sesuatu Di LUAR JANGKA !!!
P.S. 4 – Suamiku Seorang Yang Amat Baik Tapi Disebabkan Satu SEBAB, Aku TERLANJUR Dengan Rakan Sekerja !!!
P.S. 5 – Seluruh Penduduk MURTAD. 30 Tahun Pakcik Ni TERPAKSA Solat Sendirian…. Allah Allah…

The post Budak Melayu Malas Cari Kerja !!! Tindakan Perempuan INI Buat Ramai Bangga !!! appeared first on OHBUIAN.

from OHBUIAN http://ift.tt/2oRHRpy
via IFTTT

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*