Dari Buah-Buahan Hingga Ke Ayam Goreng, Ini Dia 5 Jambangan Cinta Untuk Si Dia

Loading...
Like Page Kami Di Facebook!
Loading...

Bukan semua wanita gemarkan jambangan bunga. Itu lelaki harus tahu ya.
 
Memang bunga sinonim dengan wanita dan juga cinta. Namun, sesetengahnya lebih gemar benda lain. Seperti makanan, coklat, buah-buahan dan sebagainya. 
 
Jika anda mahu memberi kelainan kepada pasangan, apa kata hadiahkan si dia dengan jambangan cinta unik seperti di bawah ini. 
 

Kami yakin pasti pasangan anda akan tersenyum lebar. Meskipun agak berbeza, mereka takkan tergamak untuk membuangnya. Malah, lebih sayangkan anda. Percayalah!
 
Jom lihat 5 jenis inspirasi jambangan bunga dari bahan lain:
 
1. Jambangan donat
 
Memang romantis dan manis sekali. Buat si dia yang menggemari donat. Hiaskan secara ringkas pun tak mengapa.
 

2. Jambangan coklat
 
Pelbagai jenis coklat yang anda boleh dapatkan di pasaran untuk dijadikan jambangan. Ia lambang cinta yang bersahaja namun tetap romantis! Manis sangat!
 

3. Jambangan buah dan bunga
 
Bosan dengan jambangan bunga biasa, anda tambah elemen buah-buahan. Lebih trendy dan juga berwarna-warni. Antara menjadi pilihan ialah lemon, strawberi dan juga anggur. 
 

Loading...

4. Jambangan ayam goreng
 
Khas untuk si dia yang suka menikmati ayam goreng KFC atau MCd memang sesuai sangat jambangan ini. Dihiar cantik-cantik pasti hati tertawan!
 

5. Jambangan dedaunan
 
Meskipun tanpa bunga, jambangan dedaunan pun boleh menyerlah dan menyebabkan si dia kelihatan elegan. Pilihan dedanan yang lebat,  pekat dan juga bervariasi akan mencantikkan lagi jambangan ini. 
 

Ayuh pilih, yang mana satu anda berkenan untuk dihadiahkan kepada si dia? – CARI 

Loading...
Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*