Diet Makan Daging Dan Tiga Keping Daging Perut Babi.. Lihat Apa Terjadi..

Loading...
Like Page Kami Di Facebook!

Wuhan (China): Doktor mengeluarkan sebanyak 806 batu karang dari buah pinggang seorang wanita yang gemar memakan daging berlemak.

Wanita yang dikenali sebagai Fan itu menjalani satu pembedahan di sebuah hospital di sini baru-baru ini selepas dia mengadu sakit perut.

Doktor yang membuat pemeriksaan mendapati buah pinggang Fan yang berusia 60-an itu penuh dengan batu karang.
Keadaan itu menyebabkan buah pinggangnya tidak berfungsi dan bengkak.
Satu pembedahan dijalankan dan doktor berjaya mengeluarkan sebanyak 806 batu karang di buah pinggang wanita itu.

Batu karang itu mempunyai pelbagai saiz dari sekecil kacang sehingga sebesar buah longan.

Pemeriksaan mendapati batu karang itu terbentuk daripada kolesterol yang berpunca daripada diet wanita itu yang tidak sihat.

Wanita itu memberitahu, dia suka makan daging dan memakan dua hingga tiga keping daging perut babi hampir setiap hari.

Seorang pakar, Dr Shen Zhangyi berkata, daging perut babi mengandungi banyak lemak dan kolesterol serta boleh memperlahankan kadar metabolisma seseorang.

Dr Shen juga menasihatkan Fan supaya amalkan diet seimbang dan mengelak makanan yang tinggi kandungan gula serta lemak

Loading...

Sumber

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*