Gabungan Sirih Dan Cengkih Meletup, 90% Masalah Wanita Selesai Kalau Amalkan Air Rebusannya

Loading...
Like Page Kami Di Facebook!

Jangan pandang sebelah mata dengan hasil gabungan dari sirih dan bunga cengkih ya!
 
Sudahlah senang sangat nak cari, ada 1001 khasiat yang tersembunyi pula tu. Syaratnya kena amalkan air rebusan kedua-dua bahan ini.
 
Terbaik untuk kesihatan wanita luar dan dalam. Siapa yang tak cuba sekurang-kurangnya sekali memang rugi besar. Jom cuba.


Foto: Facebook

Bahan-Bahan: 
5 helai daun sirih
3 kuntum bunga cengkih
3 gelas air
 
Cara-Cara:
Rebus kesemua bahan dan minum airnya.
 
Khasiat dan 10 Petua Dari Daun Sirih
 
1. Membantu Masalah Resdung
Sedut air rebusan sirih perlahan-lahan beberapa kali dan amalkan setiap hari.
 
2. Pencuci Dan Penyegar Muka
Basuh atau cuci muka dengan air rebusan daun sirih pada setiap pagi. Ia juga boleh membantu mengurangkan jerawat.
 
3. Mencegah Bau Ketiak
Rendam 2-3 helai daun sirih dalam setengah gelas air panas. Masukkan 1 sudu teh gula dan biarkan suam-suam kuku. Asingkan daun sirih kemudian diminum. Amalkan 2-3 kali seminggu.
 
4. Menyegarkan Dan Mencegah Bau Badan
Rebus daun sirih secukupnya untuk dibuat mandian.


Foto: Khasiatdaun.com

5. Ubat Bisul Dan Bengkak
Ambil beberapa helai daun sirih, sedikit gambir dan kapur. Tumbuk sehingga lumat dengan sedikit air. Kemudian sapukan di sekeliling bisul tersebut. Biarkan sehari semalam. Ulang sehingga pulih.
 
6. Membantu Masalah Wanita
Ambil daun sirih secukupnya dan direbus bersama garam kasar dan buah manjakani. Gunakan air rebusan daun sirih yang masih suam untuk dibuat cebok atau membersihkan alat sulit.
 
7. Hidung Berdarah
Ambil sehelai daun sirih, diramas sehingga lembut kemudian sumbatkan ke dalam lubang hidung. Dongakkan sedikit kepala dan bernafas seperti biasa. Selang beberapa minit pendarahan akan berhenti.
 
8. Masalah Gusi Dan Bau Mulut
Kunyah daun sirih sehingga lumat dan berkumur-kumur sehingga bersih dari sisa-sisa sirih. Lakukan sekurang-kurangnya 3 kali sehari.


Foto: Facebook

9. Tangas basah sirih
Rebus sirih , asam gelugor, garam dan manjakani. Wap rebusan dijadikan tangas

10. Masalah Batuk
Minum setengah cawan air rebusan sirih setiap malam sehingga masalah batuk berkurangan.

Loading...

Rasai sendiri perubahan pada diri selepas mengamalkan tips ini. Selamat mencuba! -CARI
 
Kredit: Norliza Mohd Salleh

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*