Gara-gara buat pusingan u di tempat yang tidak sepatutnya

Loading...
Like Page Kami Di Facebook!

JOHOR BAHRU – Tindakan pemandu lori membuat Pusingan U di tempatan yang tidak sepatutnya menyebabkan sebuah kereta merempuh bahagian sisi kanan lori berkenaan.
Dalam kejadian jam 9.11 pagi tadi di Plaza Tol Perling itu, tindakan pemandu lori berkenaan dirakam dashcam pengguna jalan raya yang melalui lebuhraya tersebut.

Berdasarkan video rakaman itu, pemandu lori itu terdahulu memperlahankan kenderaannya di bahagian kiri jalan sebelum tiba-tiba membuat pusingan u.

Sebuah kereta jenis Honda City model 2014 berwarna biru yang dalam perjalanan menuju ke plaza tol tersebut tidak sempat berhenti lalu merempuh lori terbabit.

Footage dari dashcam (KJR) pada pagi tadi berhampiran Plaza Toll Perling.. Boleh plak lori tue U-TURN!!!
Posted by UBAH on Friday, March 31, 2017

Dalam video itu juga menunjukkan papan tanda pengguna jalan raya dilarang membuat pusingan u.

Keadaan mangsa tidak dapat dipastikan.

*Sedang dikemaskini…
from The Reporter http://ift.tt/2nqTVNE
via IFTTT

Loading...

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*