Hati-hati sindiket panggilan palsu yang menyamar sebagai pegawai polis

Loading...

Loading...
Hati-hati sindiket panggilan palsu yang menyamar sebagai pegawai polis

Hati-hati sindiket panggilan palsu yang menyamar sebagai pegawai polis

Baru-baru ini, ramai mangsa dikatakan membuat laporan mengenai penerimaan satu panggilan palsu daripada pemanggil yang menyamar sebagai pegawai polis. Mangsa turut diminta untuk membayar sejumlah wang tertentu bagi menyelesaikan kes kemalangan mereka.

Berikutan penipuan yang semakin berleluasa ini, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan satu kenyataan yang menafikan bahawa Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ada membuat panggilan telefon kepada mangsa kemalangan bagi menyelesaikan kes mereka.

Dalam satu laporan oleh Bernama pada 27 Julai yang lalu, ACP Mohd Nadzri Hussain berkata panggilan palsu dari nombor 03-20719999 tersebut dibuat kepada mangsa kemalangan yang meminta mangsa untuk datang ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur bagi menyelesaikan kes tersebut.

Nadzri turut menjelaskan bahawa pihak polis tidak akan menghubungi mangsa dan meminta mereka hadir ke balai polis melainkan laporan tersebut dibuat sendiri oleh individu yang terlibat di dalam kemalangan tersebut.

“Jika ada orang awam terlibat dalam kemalangan dan membuat laporan polis, pegawai penyiasat akan menghubungi individu yang terlibat sekiranya tiada laporan lain daripada pihak kedua dalam tempoh 24 jam,” katanya kepada Bernama.

Kredit: SAYS

Loading...

Tambah Nadzri lagi, “Pihak polis tidak pernah mengeluarkan arahan yang meminta orang awam untuk memasukkan sejumlah wang ke akaun bank untuk menyelesaikan kes. Polis hanya mengenakan bayaran bagi salinan laporan polis”.

Nadzri turut mengingatkan orang awam supaya mencatitkan butiran terperinci sekiranya menerima panggilan daripada nombor yang telah dinyatakan dan jangan sesekali memberikan wang seperti yang diminta.

Era Baru

Loading...
Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*