Ilusi pada mata ini akan membuat anda menjadi keliru

Loading...
Like Page Kami Di Facebook!
Ilusi pada mata ini akan membuat anda menjadi keliru

Ilusi pada mata ini akan membuat anda menjadi keliru

Related Posts

Ini lorong kecemasan, bukan lorong awam termasuklah pemandu teksi!

Ini lorong kecemasan, bukan lorong awam termasuklah pemandu teksi!

Akibat penanaman kelapa sawit dan pembalakan tidak terkawal, orang utan diancam kepupusan

Akibat penanaman kelapa sawit dan pembalakan tidak terkawal, orang utan diancam kepupusan

Cinta bertaut dan bersatu kerana nombor plat kenderaan

Cinta bertaut dan bersatu kerana nombor plat kenderaan

【Video】Sang Tikus memasuki kawasan Sang Monyet, apa yang berlaku kemudian mencuit hati pengunjung

【Video】Sang Tikus memasuki kawasan Sang Monyet, apa yang berlaku kemudian mencuit hati pengunjung

Beruang nakal mencuri beg galas seorang pelancong, gelagatnya boleh membuatkan anda tersenyum

Beruang nakal mencuri beg galas seorang pelancong, gelagatnya boleh membuatkan anda tersenyum

Ada sesetengah benda dengan warna yang mengelirukan akan menjadi perbezaan pendapat dan pandangan.  Suatu ilusi pada pandangan mata kasar dengan penghuraian pandangan pada warna itu dengan cara yang berbeza.

Loading...

Satu baju yang diperagakan menjadi perdebatan hangat sama ada ia berwarna hitam dan biru atau putih dan emas. Ini memperlihatkan orang yang berbeza melihat warna-warna dengan pandangan dan cara yang berbeza.

Suatu perkara yang disebut ketetapan warna harus dipersalahkan akan perdebatan tersebut. Terdapat pelbagai orang dengan pelbagai pandangan merungkaikan warna-warna tersebut lalu ia menjadi satu perdebatan.

Ia menggambarkan persepsi manusia terhadap warna membantu kita untuk mengenalpasti objek dalam suatu dikri cahaya. Cahaya membantu manusia menafsirkan warna yang konsisten, sama ada objek itu berada di bawah sinaran matahari atau di dalam gelap. Dan dengan itu warna ditetapkan oleh otak untuk menafsir.

Dengan itu, apabila melihat foto strawberi ini, anda mungkin masih tidak percaya yang tiada warna merah dalam foto strawberi gelap berwarna biru ini. Ia benar-benar terdiri dari campuran warna gelap hijau dan kelabu.

Dalam otak kita sudah mengetahui yang strawberi itu berwarna merah, tetapi apa yang kita lihat itulah yang kita nampak dan otak menafsirkan warna itu, dan dalam kes ini ia adalah warna pixel pada kamera.

“Otak kita berkata, ‘sumber cahaya yang didapati apabila saya melihat strawberi ini di bawah komponen berwarna biru, jadi saya akan mengasingkan ia secara automatik di dalam setiap pixel.’ Jadi apabila anda mengambil warna pixel kelabu dan mengasingkan kesemua warna biru, anda akan nampak warna merah itu akhirnya.” kata Bevil Conway, pakar dalam bidang persepsi visual di Institut Mata Kebangsaan, Amerika Syarikat.

Loading...

Jika kita mengasingkan beberapa warna yang muncul pada warna merah strawberi dan memfokus pada warna putih di belakang strawberi itu, kita akan dapat melihat warna merah itu dengan jelas dan tidak berasa terpedaya dengan ilusi mata kita sendiri.

Yang penting bagaimana kita menggunakan kemampuan otak untuk menafsir sesuatu warna pada sesuatu objek.

Berikut adalah beberapa ilusi yang amat menarik untuk menguji mata dan otak anda:

#1. Berapakah huruf “Y” yang terdapat di bawah gambar ilusi ini? 

#2. Gambar ini terdapat lagi berapa muka orang yang tersembunyi?

 

#3. Ada satu benda yang tersekat di antara dinding batu-bata, apakah benda itu?

#4. Adakah lelaki ini akan terjatuh?

#5. Apa yang anda nampak?

#6. Lilac Chaser

Jika anda menatap pada titik tengah untuk beberapa saat, anda akan melihat satu titik disko hijau mengelilingi bulatan disk warna magenta. Setelah beberapa saat kemudian, disk warna magenta pula akan menjadi semakin pudar sehingga pada akhirnya anda hanya dapat melihat disko hijau yang mengelilingi palang di tengah.

Jawapan: 

#1. Ada 5 “Y”

#2. 16 muka yang tersembunyi

#3. Cerut

#4. Nampak seakan-akan lelaki ini akan terjatuh, tetapi pada hakikatnya ia hanyalah lantai lift.

#5. Sebenarnya kalau ditengok dekat lagi, ia adalah:

Era Baru

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*