Ini ‘subculture’ yang pernah popular di Malaysia sebelum adik-adik Raver dilahirkan

Loading...

Loading...
sub culture budaya di malaysia

sub culture budaya di malaysia

Seperti diketahui umum, pada era 90an industri muzik tanahair telah berkembang pesat. Pelbagai  genre muzik yang baru telah dibawa masuk ke Malaysia dalam pelbagai medium. Pengaruh ini menular melalui internet, media cetak(zine,majalah) dan juga pita rakaman yang diimport khas dari luar.  Remaja khususnya, tidak hanya tertumpu pada genre rock sahaja ketika itu, walaupun hakikatnya,awal 90-an merupakan zaman emas kepada genre Rock Kapak ini. Ini terbukti apabila muncul banyak kumpulan muzik yang membawa genre alternatif seawal 90an lagi. Melodi yang ternyata berbeza 360 darjah dari bunyian yang biasa didengari di Malaysia pada masa itu.

Namun, bunyian baru yang dibawa masuk bukanlah sekadar halwa telinga dan kelainan, tetapi ia datang dengan pakej gaya hidup ataupun budaya selari dengan muzik yang dimainkan. Lain genre, lain pula gaya hidupnya kerana setiap muzik yang dimainkan, ada jiwa dan cerita didalamnya. Setiap bait-bait lirik itu ada penghayatan hingga terbawa kepada lifestyle pengikut genre masing-masing. Oleh sebab itu, perlu diketahui, sub budaya barat yang diilkuti oleh remaja pada masa kini adalah dibawah pengaruh muzik itu sendiri. Entri kali ini akan berkongsi tentang beberapa sub budaya yang telah masuk ke Malaysia sejak 90-an lagi sebelum kewujudan Budak Raver.

pearl jam

Grunge

Jika sebut Grunge, sudah semestinya ramai yang membayangkan Kurt Cobain dan kumpulannya Nirvana. Tidak dapat dinafikan, pengaruh   budaya Grunge amat terkesan kepada anak muda pada masa itu, dengan lagu yang dibawa oleh Nirvana. Hakikatnya perkataan grunge mula digunakan oleh Mark Arm, vokalis band Green River(kemudiannya Mudhoney).

Grunge secara asasnya membawa maksud kotor, tidak teratur atau kesederhanaan. Musik grunge pula dipenuhi oleh riff-riff dengan distorsi gitar yang bingit, ketukkan drum yang berat, dan lirik  berkisarkan tekanan perasaan, kehidupan masyarakat, sosial dan lain2. Pakar muzik berpendapat  bahawa muzik grunge merupakan evolusi dari musik hardcore punk, heavy metal, dan indierock.

Walaubagaimanapun, Grunge bukanlah muzik semata-mata kerana definisi grunge itu melibatkan mentaliti dan gaya hidup. Ia merangkumi way of life, dan muzik. Baju/kemeja lusuh, kasut Converse, rambut panjang berjurai, dan jeans koyak menjadi dresscode bagi pengikut grunge.  Sehingga pada lewat 90an, bandar Alor Setar pernah mendapat jolokan Alor Seattle kerana komuniti Grunge yang ramai membanjiri bandar itu. Seattle merupakan tempat dimana bermulanya budaya grunge di Amerika. Band seperti Dead Mushroom, Butterfinger, Juxtaposed antara yang awal mempelopori genre grunge di Malaysia.Sehingga ke hari ini lagu mereka masih dimainkan oleh pengikut grunge sungguhpun ada yang sudah melewati usia 30an.

skinhead malaysia

Loading...

Skinhead

Antara sub budaya yang begitu popular di kalangan remaja lewat 90-an. Skinhead satu sub budaya yang berasal dari Jamaica lalu terus berkembang di England atas pengaruh muzik ska dan raggae. Dipelopori oleh golongan working class khususnya, Skinhead adalah satu sub budaya yang penuh dengan nilai-nilai yang positif dan menitikberatkan attitude smart,clean & tough sebagai prinsip.

Genre lain seperti Oi!, Hardcore, Ska-Punk, Punk Rock dan Rock Ballads adalah diantara yang menjadi ikutan  Skinhead. Lirik mereka acapkali bercerita mengenai kehidupan, perjuangan dan pemberontakkan yang dilalui dalam kehidupan seharian mereka. Sangat mudah untuk kita mengenalpasti seorang pengikut skinhead, iaitu melalui dresscode mereka. Imej kemas yang ditampilkan seperti berkepala botak, berkemeja lengkap dengan braces, seluar jeans potongan lurus dan juga but Dr. Martens.

the official magoo

Sungguhpun begitu, Skinhead pada dasarnya bukan sekadar luaran, tetapi berkait dengan rohani dan kolam jiwa. Ramai juga pengikut yang tidak mengenakan dresscode seperti yang dinyatakan, namun kita boleh mengenali seseorang pengikut skinhead melalui attitude, cara pergaulan, dan prinsip hidup mereka.

Jika di Malaysia, angka pengikut skinhead boleh dikatakan antara yang ramai. Band Seperti ACAB, Roots n Boots, dan The Official antara band yang terawal mempelopori genre ini. Muzik mereka boleh dikatakan sangat berkualiti, sarat dengan mesej dan melodi yang menangkap jiwa dan raga.

budak budak mods dengan vespa

Mods

Merupakan singkatan dari perkataan Modernist, Mods adalah budaya yamg datang terlebih dahulu sebelum berpecah kepada cabang yang lain seperti Skinhead dan Punk. Turut dipelopori oleh golongan working class di British, Mods mempunyai prinsip dan pegangan yang tidak lari jauh dari Skinhead. Mods lebih cenderung kepada fashion dan skuter di samping mempunyai pengaruh genre muzik yang tersendiri.

Jika dilihat pada awal kewujudan, pengikut Mods banyak dipengaruhi oleh bunyi-bunyian dari genre Modern Jazz, Blues, Psychedelic, Pop dan R&B. Mereka gemar berkumpul di pub dan kelab menari bersama-sama mengikut rentak lagu. Walaupun mereka datang dari golongan working class, tetapi dresscode yang dipamerkan mereka mempunyai kelas yang tersendiri. Sut lengkap yang ditempah khas, dengan kasut kulit bertumit, menjadi dresscode yang ikonik kepada pengikut Mods.

Loading...

mods

Tak lengkap jika seorang pengikut Mods itu tidak memiliki sebuah skuter. Skuter manual buatan Itali seperti Vespa dan Lambretta menjadi kenderaan rasmi buat seorang pengikut Mods tegar. Jika memiliki skuter pula, wajiblah memiliki sepasang jaket parka labuh dengan lencana target yang menjadi lambang rasmi kepada pengikut Mods. Di Malaysia, pengikut  Mods wujud di setiap negeri dan paling ketara boleh dilihat di Kelantan. Band yang mempunyai pengaruh Mods telah wujud sejak 60an lagi seperti M. Osman dan Les Fentos, The Strangers, Eddie Ahmad & The Antartics dan banyak lagi untuk disenaraikan. Awal 90an muncul pula band berkualiti yang mengetengahkan genre Alternatif Rock dan Brit Pop dan mempunyai pengaruh Mods seperti OAG, The Times(awal 2000), dan Bittersweet(lewat 2000).

punk melayu

Punk

Boleh dianggap sebagai kembar kepada budaya skinhead, Punk telah masuk ke Malaysia seawal 80an melalui pengaruh muzik. Sekumpulan anak muda dari Terengganu telah menghidupkan scene punk di sana dengan jumlah pengikut yang boleh dikira dengan jari. Penghujung 80an, wujud sebuah band dari Terengganu yang bermain secara serius. Band tersebut diberi nama Malaria dan mereka sempat merakamkan demo yang tidak dapat dipastikan kesudahannya.

Waktu itu,telah wujud zine-zine yang memberi info tentang pergerakan punk di Malaysia dan luar negara seperti ‘Aedes’ karya Joe Kidd dan ‘Thrash Attack’ karya Aziz. Kemudian budaya ini terus menular di semenanjung dan menjadi satu komuniti yang besar di Malaysia sehingga  hari  ini.  Imej yang ditampilkan oleh pengikut punk ini boleh dikatakan agak hardcore pada masyarakat. Ini dapat dilihat melalui rambut mohawk, berjaket kulit penuh lencana, spike tajam yang menakutkan dan penuh kata-kata kesat diconteng pada jaket. But Dr. Martens paras lutut menaikkan lagi imej mereka sebagai seorang punkers sejati.

punk malaysia

Namun jika dikaji pada roots, punk  diantara sub budaya yang sarat dengan emosi dan prinsip. Komuniti mereka juga dipelopori oleh golongan bawahan. Punk bukan hanya bercerita tentang rambut mohawk, tetapi ia mengenai attitude dan prinsip seseorang. Kehidupan seharian yang dihimpit oleh kos sara hidup dan pandangan negatif masyarakat, membuatkan punk sangat sensitif tentang isu kemanusiaan.

Oleh itu, lagu dan lirik yang dimainkan sangat berkait rapat dengan kehidupan mereka. Sub budaya ini dijadikan sebagai way of life, dan bukanlah pada satu hari saja dalam seminggu. Hakikatnya, hati budi seorang pengikut punk lebih bersih dari orang biasa. Mereka lebih mengamati setiap nilai dalam kehidupan. Walaupun media pernah memberi persepsi yang buruk tentang budaya punk, namun ia sangat aktif di seluruh Malaysia dari perlis hinggalah ke Sabah. Band seperti Carburetor Dung, Hijrah(sekarang Pilgrims), Sex & Violence(sekarang ACAB), Karatz, Subculture dan The Bollocks  menjadi antara band terawal membawa genre punk rock/punk.

Loading...

musik black metal malaysia

Black Metal

Pernah menjadi kontroversi pada tahun 2001, sekumpulan remaja yang menjadi pengikut black metal ditahan atas sebab mengamalkan budaya yang berlari daripada akidah umat islam. Namun sejauh mana kesahihan itu, tidak dapat dipastikan. Jika dilihat pada kronologi, budaya blackmetal ini mula meresap kedalam jiwa remaja melalui muzik. Penghujung 90an menyaksikan variasi genre muzik mula masuk kedalam Malaysia. Muzik metal yang menjadi akar mula berpecah kepada sub-subnya seperti thrash metal, grindcore, death metal, black metal dan lain-lain.

hayagriva band malaysia

Jika dikaji selidik, terlampau banyak sumber yang menceritakan tentang perjalanan black metal di eropah. Lagu-lagu mereka lebih kepada anti-agama dan memuja syaitan. Dresscode mereka yang serba hitam, dengan jacket kulit, gelang spike dan but creeper, mengundang kegerunan buat sesiapa yang melihat. Ada juga yang memakai celak dan gincu berwarna hitam. Beberapa ritual yang dijalankan ketika gig black metal berlangsung seperti meminum darah kambing hitam dan memijak kitab suci agama masing-masing, mengundang  keraguan buat pemerhati scene. Di Malaysia pula, ada yang berpendapat bahawa budaya black metal yang dibawa cuma sekadar luaran dan tidak berkait dengan rohani.Sejauh mana kesahihan itu tidak dapat dipastikan.

Malaysia tidak kurang hebatnya dengan kewujudan band yang mempunyai pengaruh dalam black metal seperti Radia, Nebiras, Bazzah, Hayagriva, Misanthrope, Mistik, Nakaratul Khaum dan lain-lain lagi. Sehingga kini masih terdapat ramai pengikut black metal di Malaysia. Ini disokong dengan penganjuran gig-gig black metal di sekitar Ipoh, Penang dan Kuala Lumpur. Namun pengikut black metal susah untuk dijangka kerana rata-rata sudah mencecah usia 30an dan lebih cenderung kepada melayan muzik semata-mata, tidak kepada fasyen dan way of life.

too phat malique and joe

Hip Hop

Istilah hip hop  diperkenalkan oleh remaja afrika dan latin yang tinggal di tengah-tengah bandar New York seawal 1970. Dari pengaruh muzik lalu meresap kepada gaya kehidupan dan terbentuk sub budaya yang diberi nama hip hop. Pada asalnya, mereka mula mendendangkan lagu dengan lirik-lirik puitis tanpa iringan sebarang instrumen muzik. Daripada rentak tersebut, tercetus idea daripada golongan tersebut dengan menamakan rentak itu sebagai rap.

Budaya ini kemudiannya masuk ke dalam Malaysia melalui lagu-lagu artis hip hop terkenal dari barat seperti DMC, Beastie Boys dan LL Cool J. Pengaruh mereka merebak sehingga dijadikan budaya  pada ketika itu. Aktiviti “break dancing”  merupakan ritual kepada pengikut hip hop. Mereka akan berkumpul di bandar untuk bersantai bersama-sama sambil mempamerkan skil break dance masing-masing.

Loading...

Dresscode memakan belanja yang agak tinggi kerana hip hop memakai pakaian yang berjenama dan mahal. Disebabkan itu, hip hop dipelopori oleh remaja yang datang dari keluarga yang berada. Berbaju T atau jersi besar, seluar londeh dan kasut Adidas Superstar antara starter pack untuk seorang pengikut hip hop. Pada sekitar 90an telah wujud kumpulan yang mengetengahkan genre hip hop seperti KRU, 4U2C, NICO, dan Naughtius Maximus. Namun genre yang dibawa mereka tidak dapat diterima masyarakat membuatkan mereka menukar kepada genre yang lebih ringan seperti pop.

maxresdefault 993

Setelah budaya hip hop makin berkembang, muncul satu kumpulan rap yang dikenali sebagai Too Phat.  Pelbagai kecaman dilontarkan keatas mereka kerana dianggap membawa genre yang pelik, tak kurang juga yang mengangkat mereka sebagai pioneer dalam dunia hip hop di Malaysia. Too Phat yang dianggotai oleh Malique dan Joe Flizzoe itu lama kelamaan menjadi fenomena di Malaysia sehingga mereka disambut baik di Amerika.  Selepas itu muncul pula kumpulan Urban XChange  dan Poetic Ammo. Kini artis seperti Altimet dan Waris mewarnai scene hip hop di Malaysia.

subculture malaysia 90an roots n boots too phat

Masih ada lagi beberapa sub budaya yang tidak diceritakan. Secara jelas dapat kita rumuskan bahawa semua sub budaya yang dibawa masuk ini adalah melalui pengaruh muzik semata-mata. Zaman demi zaman berlalu, muncul pula budaya Raver yang tidak tahu dari mana akar umbinya. Lambakan anak-anak muda yang dikenali sebagai Budak Raver mencemari scene sub budaya yang pernah wujud di Malaysia. Bagi mereka, tarian sotong terkinja-kinja itu mungkin sangat cool, namun bagi generasi X, ia sesuatu yang memalukan, tiada prinsip dan halu tuju. Mungkin ada pembaca yang tidak bersetuju dengan apa yang diceritakan diatas kerana beranggapan ada sub budaya yang bergelumang dengan dadah, alkohol dan pergaulan bebas. Tidak dapat dinafikan elemen itu wujud, tapi sebagai manusia yang mempunyai akal kita harus peka dalam memilih apa jua jalan. Apapun yang menjadi pilihan, mesti ada batasnya asalkan tidak lari dari landasan agama. Diharap perkongsian ini memberikan pengetahuan kepada pembaca.

sumber iluminasi.com

Loading...

Loading...
Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*