Inilah Simptom Kanser Limfoma Yang Kita Selalu Abaikan

Loading...

Loading...

Jangan pandang remeh jika ada di antara anda mengalami gejala-gejala seperti berpeluh pada waktu malam, demam, berat badan turun mendadak, kurang selera makan dan letih.

Semua simptom tersebut adalah kemungkinan tanda-tanda kanser darah Limfoma Hodgkin (HL), yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan anda harus perlu berjaga-jaga kerana sehingga kini banyak kes limfoma masih tidak dapat dijelaskan puncanya.

Walaupun peratusan untuk sembuh adalah tinggi, jangka hayat pesakit adalah rendah bagi mereka yang tidak bertindak balas kepada terapi semasa.

Menurut Ketua Perkhidmatan Hematologi Kebangsaan, Datuk Dr. Chang Kian Meng, HL dikategorikan sebagai sejenis penyakit berbahaya yang sangat jarang berlaku, tetapi banyak terjadi kepada golongan muda.

Katanya, dianggarkan satu daripada lima rakyat Malaysia menghidap HL dan 60 peratus daripadanya adalah lelaki.

“HL merupakan kanser darah yang bermula dari sel lymphocytes, iaitu sel darah putih yang mengalir ke seluruh tubuh menerusi bendalir dikenali sebagai limfa, yang merupakan sebahagian daripada sistem imun manusia.

“Apabila nodus limfa membengkak, lymphocytes yang tidak normal akan membentuk sel tumor yang boleh menyebabkan berlakunya HL,” katanya dalam sesi perkongsian mengenai HL dan pelancaran terapi terbaharu, Adcentris (brentuximab vedotin) oleh Takeda Malaysia Sdn. Bhd., di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ujarnya, mereka yang berumur antara 15 hingga 30 mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat HL, malah warga emas yang berusia 55 tahun ke atas juga mempunyai risiko yang sama.

Loading...

Mereka yang terdahulu dijangkiti virus Epstein-Barr juga mempunyai risiko yang sama, selain penghidap HIV atau AIDS yang sememangnya mempunyai kadar imunisasi rendah yang akan mengakibatkan HL bertambah teruk.

Dr. Kim Meng berkata, HL boleh dikenalpasti melalui kaedah biopsi seperti ujian darah, x-ray, imbasan CT (CT Scan), Imbasan MRI (MRI Scan), dan Imbasan PET (PET Scan).

Bagaimanapun, rawatan berbeza dikenakan kepada pesakit yang berbeza mengikut tahap kanser atau faktor-faktor seperti lokasi kanser, jenis HL, dan umur pesakit.

“Pesakit akan menjalani rawatan sama ada melalui rawatan kemoterapi, radioterapi ataupun kombinasi kedua-duanya sekali. Jika pesakit tidak bertindak balas dengan rawatan tersebut, mereka perlu menjalani pemindahan sel stem bertujuan memberi peluang yang lebih baik untuk merawat beberapa jenis penyakit HL melalui pengawalan dalam tempoh masa yang lebih lama berbanding rawatan kemoterapi standard,” katanya.

Secara amnya, terdapat dua jenis limfoma iaitu HL dan Limfoma Bukan-Hodgkin (NHL). NHL lebih biasa berlaku apabila sistem limfatik menghasilkan limfatik yang tidak normal dan biasanya menyerang mereka yang berusia 60 ke atas.

NHL lebih kompleks kerana mempunyai pelbagai jenis melalui dua kumpulan besar, iaitu B-cell lymphomas dan T-cell lymphomas dan berbeza berdasarkan sub jenis kanser. Bagaimanapun, simptom yang berlaku hampir sama seperti HL namun mereka turut mengalami kesukaran untuk bernafas, sakit di bahagian dada, dan perut membengkak.

5 PERKARA TENTANG KANSER LIMFOMA

1. Limfoma Adalah Sejenis Kanser Darah

Loading...

Secara ringkasnya, limfoma adalah sejenis kanser darah yang berlaku apabila sel-sel darah putih dan sistem imun mengalami pertumbuhan atau perkembangan yang tidak terkawal.

Ia menyebabkan pengumpulan sel secara luarbiasa, pembengkakan kelenjar limfa, dan boleh merebak ke organ sekeliling termasuklah tisu otak, usus, tulang, paru-paru dan sum-sum tulang.

2. Golongan Muda Berisiko Tinggi

Umumnya, limfoma terbahagi kepada 2; iaitu Limfoma Hodgkin (HL) dan Limfoma Bukan Hodgkin (NHL). Limfoma Hodgkin dikategorikan sebagai penyakit yang berbahaya dan berisiko tinggi menyerang golongan muda berusia 15 hingga 30 tahun. Warga emas berusia 55 tahun ke atas juga dikatakan mempunyai risiko yang sama.

Sementara itu, NHL lebih lazim menyerang mereka yang berusia 60 tahun ke atas.

3. Punca Limfoma

Secara tepatnya, punca seseorang mendapat penyakit ini masih belum diketahui. Namun, ada beberapa kemungkinan yang boleh menyumbang kepada risikonya, iaitu:

Jangkitan bakteria dan virus seperti HIV, EBV, helicobacter pylori, hepatitis B dan C.
Penyakit auto-immune
Penggunaan ubat immunosuppressive selepas pemindahan organ.
Penyakit keturunan / genetik
Pendedahan kepada bahan toksik seperti racun serangga, racun rumpai, dan benzene.

Loading...

 

4. Tanda-tanda Limfoma

Gangguan daripada abnormaliti yang berlaku pada sistem limfa boleh menyebabkan fungsi organ-organ penting terjejas, lalu menyebabkan kemerosotan tahap kesihatan pesakit.

Antara tanda-tanda yang boleh dikenalpasti adalah:

Pembengkakan kelenjar limfa
Demam berpanjangan
Hilang selera makan
Turun berat badan secara mendadak
Cepat letih & tidak bertenaga
Ruam kulit, selalunya di bahagian kaki
Sering berpeluh pada waktu malam
Tanda lain pada bahagian organ tertentu: contohnya batuk & sesak nafas akibat pembengkakan peparu atau berak berdarah akibat pembengkakan usus.

Pada tahap awal, ia mula menyerang sebahagian kecil sistem limfa dan seterusnya melibatkan lebih banyak bahagian hingga mengganggu fungsi organ. Jika tidak dirawat sejak awal, ia boleh membawa maut.

5. Rawatan

Loading...

Harapan untuk sembuh pada pesakit limfoma adalah cerah, namun ia banyak bergantung kepada faktor tertentu; umur pesakit, jenis, tahap, dan respon tubuh mereka terhadap rawatan.

Antara rawatan yang terlibat adalah pembedahan, radiasi, kemoterapi, immunoterapi, atau pemindahan sum-sum tulang – bagi kanser yang bersifat agresif atau berulang.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Petua Ibu

Loading...
Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*