Jam 12 Malam Aku Tengah Rawat Pesakit Tiba² Rakan Sekerja Suruh Tinggalkan. Rupa²nya Pesakit Itu…

Loading...

Loading...


Untuk pengenalan bagi memudahkan korang faham flow cerita aku kali ni, kisah ni bermula masa aku posting last semester di klinik kesihatan. Yee.. zaman aku belajar dulu. Klinik kesihatan tempat aku taging kali ni terletak dalam satu kawasan kampung. Memang ceruk jugak la kampung ni. Dari pekan ambik masa 20 minit. Tapi penduduk agak ramai dan tak terlalu sunyi.

Satu yang aku suka pasal kampung ni sebab keliling sawah padi! Memang peberet betul. Angin sepoi sepoi. Budak main kat bendang petang petang. Memang syok. Almaklum lah. Aku pun orang kampung jugak. Tapi kampung aku tak sekampung ini. Pokok beras ni takda dan jarang jumpa. Itu waktu siangnya. Tapi bila time malam, memang suram sikit. Ikut pemerhatian aku sebulan lebih stay kampung ni, Orang kampung sini tak keluar dah kalau lepas maghrib. Aku tak pasti kenapa tapi tak semeriah waktu siang la.

Untuk rotation Out Patient Department (klinik kesihatan) ni, kebiasaannya lecturer akan tetapkan satu klinik dengan 2 pelajar. Tapi time aku ni pulak, aku sorang je taging satu klinik selama satu bulan . Perghh mula mula tu memang mintak jugak partner. Tp tak kena approve tukar jadual posting dengan lecturer. Apa boleh buat. Hadap ajelah. Jadi nya liku liku sebulan tu memang aku hadap sorang dan dibantu staf staf klinik.

Kat klinik ni, aku tinggal dalam quarters student. Quarters student ni memang betul betul paling depan antara quarters yang staff lain duduk. Kiranya kalau ada kes luar waktu operasi klinik, memang pesakit atau ahli keluarga ni akan ketuk rumah aku dulu lah. Memang MA dah pesan siap siap masa hari pertama aku lapor diri. Kalau ada kes, attend dulu. Dah stablekan patient, baru call staff oncall. Itu lah antara cabaran dan tanggungjawab besar yang aku dapat sepanjang aku posting.

Kisah dia macam ni, masa hari kejadian, aku dah hampir 3 minggu aku kat klinik ni. 3 minggu tu jugak lah banyak kes emergency yang datang. Memang aku attend sorang dulu kemudian baru aku panggil MA oncall. Alhamdulillah. Setakat 3 minggu tu aku dapat manage dengan baik. Takda sebarang masalah timbul. Tapi kes yang aku nak cerita memang menjadikan satu pengalaman posting aku yang aku tak boleh lupa.

TIBA-TIBA PINTU RUMAH DIKETUK

Malam tu, dalam pukul 11.30. Aku dah nak masuk tidur. Actually baru lepas satu kes datang. Kes semput. Aku bagi neb. dalam 30 minit dia dah okey. Aku buat rekod sikit dan aku discajkan patient tu. Kira settle situ jelah. Banyak kes semput sejak seminggu tu. Mungkin hujan setiap hari. Malam tu pun dah renyai renyai. Cuaca sejuk pun mempengaruhi jugak serangan asthma ni. So aku tidur dalam pukul 11.40.

Tengah sedap aku tidur, tiba tiba pintu quarters kena ketuk. Kuat jugak dia ketuk. Macam nak roboh dah pintu tu. Quarters kayu kott. Memang kuat la bunyi. Aku tengok jam. Pukul 2.38 pagi. Dalam hati, kalau kes demam, cirit atau muntah kau ketuk macam tu, memang nak kena ketuk kepala dengan aku. Chehh! aku bukak pintu. Seorang laki, badan agak gempal. Tercungap bagi tahu yang ayah dia sesak nafas dalam kereta. Aku capai stetoscope, dan bergerak ke kereta wira yang di parking betul depan klinik. Seorang lelaki tua. Umur pakcik tu 68 tahun. Susah betul dia nak tarik nafas. Dalam hati aku, semput agak nya ni.

Loading...

Aku mintak si anak papah ayahnya dan baringkan di katil bilik rawatan. Segala vital sign aku ambik dan aku rekod. Paru paru aku dengar. Tiada ronchi (bunyi asthma) bukan asthma laa kan. Tapi bunyi creapitation yang aku dengar.(boleh gugel kalau rajin. Panjang nak explain). Tekanan darah 99/53 (rendah) oksigen 78% (rendah) gula HI (tinggi) sampai takda nombor yang boleh explain ketinggian paras gula.

Nampak macam Diabetic Ketoacidosis (DKA) dalam hati aku. DKA (keadaan peratusan gula yang terlalu tinggi). Aku bagi oksigen dengan kadar 15 liter. Aku set iv line (yang jarum masuk air tu). Tapi aku tak bagi Normal saline air garam tu sebab takut fluid overload pulak. Pakcik ni semi concious ( kurang sedar). Aku panggil pakcik M eh. Meracau racau sebut jebat jebat. Si anak tadi pun hairan tanya pakcik M siapa jebat? Dia pun tak kenal rupanya.

Dah stable semua, aku call MA oncall malam tu. Dia kata dalam 7 minit dia datang. Memang dia datang dalam 7 minit. Tapi 7 minit tu aku rasa macam 70 minit!!! Cepat betul. Macam macam benda jadi dalam masa 7 minit tu. Nak tahu apa yang jadi???

Pakcik tu collapse der!! (Tak sedar diri). Belum sempat aku letak ganggang telefon, Tiba tiba dia rentap oxygen highflow mask yang aku pakaikan. Dia jerit kuat JEBATT!!! dan tak sedarkan diri. Aku cek vital sign semua dah drop!!! Bp 57/32!!! Spo2 68%!! Aku rasa pernafasan dah takda. Konfem. Nadi masih ada tapi lemah! rasa tak rasa time tu. Terus aku pakai kan jugak highflow mask tu.

Kepala aku mintak anak dia donggakkan (ala ala head till chin lift) Tak sempat cari dan setup BVM. Nak suruh anak dia, tak taw apa. Dengan pantas aku melompat naik atas katil tu. Dada pakcik tu aku tekan. Deep and fast. Anak dia dah buat muka tak keruan. “ Kenapa bapak saya? Kenapa bapak saya? ” Ayat tu yang dia dok ulang. Aku cuma boleh cakap, “Tolong ajar ayah abang mengucap. Bisik kat telinga” sambil berenjut buat compression (CPR).

NAMPAK LEMBAGA BERBULU

Kisah seram tu bermula di sini. Tengah aku beriya menekan dada, aku nampak satu kelibat susuk lembaga hitam. Tapi tak berapa jelas dek lampu kalimantang klinik yang terhad dan malap malap. Lembaga tu berdiri disebalik tirai katil kedua. Aku dah meremang segala bulu. Berpeluh sakan. Tapi aku tetap fokus pada pakcik M ni. Tak lama beberapa detik, MA oncall (Abang Lan) muncul. Terkejut tengok aku tengah cpr atas katil. Terus aku mintak dia sambung compress sebab aku dah penat. dan dia mintak aku prepare medication dan set intubation.

Lepas siap semua peralatan, aku ambil alih cpr dan Abang Lan terus bagi ubat adrenaline dan lain lain ubat. Kemudian proses intubasi dilakukan. (Masuk tiub salur pernafasan). Aku tergamam seketika. Lembaga yang tadinya hanya mengintai di sebalik tirai kini lebih berani. Sekarang dia berdiri di sisi abang Lan di bahagian kepala pakcik M. Aku tak dapat jelaskan macam mana rupa sebenar lembaga tu. Sebab badan nya hitam berbulu. Tapi yang aku ingat, lidahnya di jelir jelirkan ke telinga pakcik M. Badan nya bongkok.

Aku menggeletar la, apa lagi kan. Seumur hidup tak pernah di zahirkan penglihatan aku dengan makhluk makhluk macam ni. Kena kacau dengan bunyi bunyian tu ada lah. Tapi masa ni, lembaga tu terus buat kerja dia. Tak hiraukan aku langsung. Buat buat tak nampak ke apa aku pun tak pasti. Lepas je selesai bantuan kecemasan dan resusitation, keadaan pak cik M semakin ada improvement (vital sign kembali pickup). Tapi cpr masih aku teruskan.

Loading...

Makhluk bulu tu beralih pula di bahagian kaki pakcik M. Menjilat ibu jari kakinya. Si anak tak henti mengajar dua kalimah suci. Kadang si makhluk hitam tu memasukkan lidahnya dan mengerling si anak. Aku tak dapat pastikan wajah dia sebab dipenuhi bulu. Abang Lan dan driver dah mempersiapkan ambulans. Kami merujuk pakcik M ke Hospital ***** *****. 15 minit perjalanan ke hospital lama sangat aku rasa. Ambulans dah laju kot. Melambung lambung aku dalam tu.

Lembaga hitam tadi dah hilang. Tak ikut kami naik ambulans. Aku, Abang Lan dan si anak bertukar tukar buat cpr dan baging BVM. Sampai saja di hospital, siren dibunyikan 3 kali tanda kes Kritikal yang kami bawa dan perlu di tempatkan di zon merah . Sebelum bergerak tadi, Abang Lan dah maklumkan pada staff hospital berkenaan kes ni. Jadi diorang memang dah siap bersedia. Pakcik M diserah kepada staff zon merah. CPR disambung dan tak sampai 5 minit dihentikan. Bukan sebab pakcik M takda respon. Tapi pakcik M yang tadi bertarung nyawa semakin stabil. Nampak proses resusitasi kami tadi memang efektif dan berhasil. Alhamdulillah.

Loading...
Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*