Kajian pakar bongkar kebaikan dan manfaat membuang air dengan kaedah mencangkung terhadap tahap kesihatan manusia

Loading...

Loading...
Kajian pakar bongkar kebaikan dan manfaat membuang air dengan kaedah mencangkung terhadap tahap kesihatan manusia

Kajian pakar bongkar kebaikan dan manfaat membuang air dengan kaedah mencangkung terhadap tahap kesihatan manusia

Salah satu topik yang dianggap sebagai ‘kepercayaan karut’ atau ‘melebihi batas’ adalah topik mengenai tandas. Segala perkara yang terjadi di dalam tandas adalah rahsia dan perkara peribadi yang tidak harus dijadikan perbincangan terbuka.

Namun tahukah anda bahawa sesetengah perkara yang terjadi di dalam tandas mempunyai impak yang besar kepada tahap kesihatan seseorang. Misalnya, warna dan bentuk najis anda boleh menggambarkan mengenai tahap kesihatan anda. Justeru, adalah penting untuk membincangkan mengenainya.

Salah satu perkara yang boleh memberi kesan kepada kesihatan manusia adalah tentang posisi semasa membuang air besar atau kecil. Pakar mendakwa kaedah duduk akan mengakibatkan pelbagai masalah seperti kanser usus dan buasir!

Jadi, pakar turut menyarankan kaedah terbaik untuk membuang air adalah dengan duduk mencangkung. Lihat artikel di bawah untuk tips-tips menggunakan tandas dengan lebih baik.

Perbezaan antara duduk dengan mencangkung

Giulia Enders yang merupakan seorang ahli mikrobiologi menyatakan bahawa sebelum tandas wujud, manusia akan mencangkung untuk membuang air. Malahan, tubuh manusia sememangnya dijadikan untuk mencangkung.

Loading...

Jadi, jika tandas rumah anda merupakan tandas duduk, anda boleh membeli bangku bagi membantu anda untuk duduk mencangkung.

Kedudukan dubur sewaktu duduk dan mencangkung

Menurut Dr. Joseph Mercola, “Duduk di atas tandas moden akan menyebabkan lutut anda berada pada kedudukan 90 darjah dari bahagian abdomen sekali gus menghalang perjalanan keluar najis”.

“Mencangkung pula akan membuatkan lutut anda menjadi lebih dekat dengan bahagian badan (torso). Posisi ini akan mengubah hubungan ruang antara organ usus dengan otot dan membuatkan dubur anda menjadi lurus. Hal ini akan memudahkan proses pembuangan”.

Duduk semasa membuang air akan mengakibatkan kanser usus

Menurut Pusat Informasi Bioteknologi Negara, kanser usus merupakan kanser ketiga yang boleh mengakibatkan kematian di dunia. Tetapi, perbuatan mencangkung ketika membuang air boleh membantu mengurangkan risiko kanser tersebut.

Loading...

Satu kajian yang dijalankan mendapati duduk mencangkung mampu membuang segala najis dengan lebih cepat sekali gus mengurangkan risiko pendedahan usus terhadap bahan karsinogen (bahan yang boleh merangsang kanser).

Sembelit

Sembelit merupakan salah satu pengalaman yang paling menjengkelkan dan menyakitkan. Selain daripada mengambil julap, kaedah yang lebih mudah adalah dengan mengubah posisi semasa membuang air.

Penyakit berkaitan air kencing

Manfaat mencangkung bukan hanya sesuai digunakan ketika membuang air besar tetapi juga ketika membuang air kecil. Wanita yang membuang air kecil semasa duduk boleh menghalang jangkitan berkaitan air kencing.

Buasir yang boleh disingkirkan dengan kaedah mencangkung

Loading...

Menurut pakar, Robert Edwards, buasir boleh mengakibatkan kesakitan dan ketidakselesaan. Tetapi, dengan mencangkung, buasir boleh diakhiri dengan lebih mudah.

Sumber: Little Things

Loading...
Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*