KENAPA PEKERJA YANG BAGUS AKHIRNYA MENINGGALKAN KITA

Loading...
Like Page Kami Di Facebook!

Sering saya dengar orang bisnes mengeluh kerana staf yang cemerlang akhirnya meninggalkannya dan pergi berkerja di syarikat lain. Ia tentunya menjatuhkan self-esteem dan meningkatkan kos untuk melatih staf baru.

Orang yang pergi meninggalkan kita tentunya ada sebab tersendiri tetapi kita tidak dapat mengetahuinya kerana dia telah pun pergi.

Kita mungkin menyalahkan berbagai perkara. Hakikatnya adalah orang bukan berhenti kerja, tetapi ‘berhenti berkerja dengan kita.’

Mungkin beberapa sebab di bawah ini adalah puncanya:

1. Kita memberi bebanan kerja lebih

Cara paling cepat untuk membuatkan pekerja ‘burn-out’ adalah berikan kerja yang banyak kepada mereka.

Apabila kita melihat seorang pekerja membuat kerja dengan cemerlang, kita cenderung untuk menambah kerja yang lebih kepadanya agar produktiviti syarikat kita meningkat.

Ini akan membawa kepada dua kemungkinan. Pertama, dia akan menjadi penat lalu ‘burn-out.’ Kedua, dia mungkin tidak lagi membuat kerja yang sangat cemerlang kerana risau bebanan kerjanya akan ditambah.

Loading...

Bebanan kerja yang lebih juga akan mengurangkan produktiviti. Kajian daripada Stanford menunjukkan produktiviti bagi setiap jam menurun dengan banyak apabila pekerja diberi kerja melebihi 50 jam seminggu.

Seandainya kita terpaksa menambah bebanan kerja kepada mereka, tambah juga ganjaran. Jika kita banyak menambah kerja tanpa menambah ganjaran, pastinya mereka akan berkerja di tempat lain yang memberi ganjaran lebih terhadap apa yang mereka usahakan.

Image result for pekerja stress

2. Kita tidak mengiktiraf sumbangan dan tidak memberi ganjaran terhadap hasil kerja yang bagus

Jangan lupa untuk memberikan pujian dan menepuk belakang pekerja yang bagus hasil kerjanya. Kita mesti berkomunikasi dengan mereka dan memberi ganjaran yang betul agar mereka sentiasa rasa bermotivasi untuk terus menghasilkan kerja yang bagus-bagus.

3. Kita bersikap tidak menghiraukan mereka

Sebahagian besar orang berhenti kerja kerana hubungan yang kurang baik dengan bos.

Kita sebagai ketua mesti berada di antara bersikap profesional dan bersikap kemanusiaan. Kita sentiasa meraikan kejayaan pekerja dan menunjukkan simpati sewaktu mereka dalam kesusahan.

Syarikat yang mempunyai ketua yang gagal untuk bersikap mengambil peduli terhadap orang bawahan akan mengalami ‘turnover rate’ yang tinggi.

Sukar untuk seseorang berkerja dengan baik apabila dia terpaksa bekerja di bawah orang yang dia benci.

Loading...

4. Kita tidak menepati janji

Apabila kita berjanji dengan orang bawahan, kita sebenarnya sedang meletakkan diri kita di antara dua kemungkinan iaitu: (1) dia akan sangat gembira dengan kita atau (2) dia akan benci kepada kita lalu meninggalkan kita.

Apabila kita berjaya menepati janji, kita akan dihormati dan disayangi kerana kita telah membuktikan diri kita sebagai orang yang boleh dipercayai.

Tetapi apabila kita gagal menepati janji, kita akan dilihat sebagai penipu dan pembelit.

5. Kita membawa masuk dan menaikkan pangkat orang yang salah

Pekerja yang bagus mahu berkerja dengan orang profesional seperti mereka. Apabila kita membawa masuk orang yang tidak dapat berkerjasama dengan mereka, ini akan merendahkan motivasi kerja.

Lebih teruk lagi, apabila kita menaikkan pangkat orang yang salah. Jika kita menaikkan pangkat orang yang mereka tidak suka, motivasi kerja mereka akan terus jatuh dan lama-kelamaan mereka akan berhenti.

Image result for pekerja stress

6. Kita tidak berikan peluang agar mereka dapat buat perkara yang amat mereka suka

Pekerja yang berbakat mempunyai minat yang menadalam terhadap sesuatu kerja. Dengan memberikan peluang untuk mereka lakukan apa mereka betul-betul minat akan meningkatkan produktivi dan kepuasan kerja.

Banyak pergurus atau bos tidak membenarkan pekerja mereka buat sesuatu yang di luar skop pekerjaan. Mereka takut produktiviti akan turun jika pekerja buat apa yang menjadi minatnya.

Ini adalah salah, kajian menunjukkan pekerja yang membuat kerja dengan penuh minat adalah 5 kali lebih produktif.

A12e

Jika kita mahu pekerja yang cemerlang kekal, sentiasa fikir bagaimana kita melayan mereka.

Sumber : Sekolahbisnes via ceritamalaya

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*