Khasiat Ulam Raja Untuk Ibu Hamil, Berpantang Dan Menyusu

Loading...

Loading...

Ulam Raja memang sangat digemari ramai. Tumbuhan ini dikatakan berasal dari Amerika Latin tetapi boleh didapati tumbuh secara meliar di semua negara Asean.

Ulam Raja atau pokok Intan Berayun atau juga dikenali sebagai ‘King of Salad‘ di anggap sebagai raja segala ulam kerana kandungan kimia (zat) dan khasiatnya yang sangat tinggi.

Bukan sahaja hebat sebagai ulam, khasiatnya juga mampu membantu ibu-ibu yang sedang hamil, berpantang mahupun yang menyusukan badan.

Melalui perkongsian di facebook Bonda Rozita, terdapat beberapa kesan hebat yang akan diperolehi oleh para ibu jika mengamalkan ulam ini sejak hamil, berpantang seterusnya sewaktu menyusukan bayi.

nona.my

Berikut antara khasiat2 ulam raja buat para ibu:

Untuk Ibu Hamil

Sangat bagus untuk meningkatkan kualiti darah supaya tidak dapat anemia (masalah susah tidur). Ini kerana masalah kurang darah kerap dialami oleh ibu-ibu yang hamil dan ianya adalah tidak bagus.

Untuk Ibu Dalam Pantang

Loading...

Membersihkan saluran peranakan.
Membersihkan darah.
Membekalkan mineral yang sangat bagus untuk kesihatan wanita.
Menguatkan sistem ketahanan badan.

Untuk Ibu Yang Menyusui Bayi

Bayi akan turut memperoleh khasiat dari ulam raja yang dimakan oleh ibu dan menjadikan mereka lebih sihat.

Jadi, ibu-ibu hamil boleh lah mula mengamalkan pengambilan ulam istimewa ini dari sekarang.

Sumber: Bonda Rozita via mangkuk panas

Loading...
Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*