KISAH PEGAWAI BANK CURI SATU SEN SEHINGGA JADI JUTAWAN PADA TAHUN 1990

Loading...
Like Page Kami Di Facebook!

 

Tapi, pernah tak korang terfikir dengan mencuri duit satu sen ni boleh jadi jutawan? Ini adalah satu kisah benar yang terjadi pada tahun 1990 yang mengisahkan seorang pegawai bank yang bergaji biasa je menjadi kaya raya hanya dengan mencuri duit satu sen sahaja.

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit

Kisahnya bermula di mana seorang lelaki bernama Aman Shah Ahmad yang berusia 24 tahun pada ketika itu bekerja sebagai pegawai bank di Hock Hua Bank Jalan Raja Laut, KL dengan pendapatan sebanyak RM1,800 sebulan. Pada awalnya dia bekerja seperti biasa dan semuanya berubah apabila pihak bank menghantarnya mengikuti kursus komputer. Dari situ lah dia mula belajar selok-belok perbankan menggunakan komputer. Geliganya pemikiran dia sampaikan Bank Negara Malaysia sendiri pun tertipu dengan helahnya.

Dia telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Pemprosesan Sistem Pemindahan Elektronik Untuk Dana Dan Sekuriti (SPEED) di bank berkenanan dan melakukan transaksi palsu dengan memindahkan satu sen dari setiap akaun pelanggan ke akaunnya sendiri. Semuanya dilakukan dengan mereka satu program palsu tanpa diketahui oleh pihak Bank Negara sendiri. Hebatnya!

Satu sen mungkin nampak kecil tapi cuba korang jumlahkan dengan beberapa ribu akaun untuk setiap hari selama beberapa tahun. Dia berjaya songlap sampai RM4.01 juta okay! Dengan satu sen boleh jadi RM4 juta, memang betul lah bak kata orang ‘sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.’

Guna duit songlap untuk kumpul kereta mewah

Pandai betul pegawai bank ni gunakan duit curi dia tu. Dia telah berhenti bekerja di Hock Hua Bank tanpa disedari oleh pihak bank sindiketnya itu dan membuka syarikat sendiri iaitu Agensi Pengiklanan Bistro di KL. Dia juga turut membeli 6 biji kereta import yang amat mahal sekali. Tak pelik ke seorang pegawai bank dengan pendapatan RM1,800 sebulan boleh beli kereta mewah?

Loading...

Berikut adalah senarai kereta-kereta mewah yang dimilikinya:

1) Lamborghini Countach

2) Mercedes Benz 300SL

3) Mercedes Benz 300E

4) Porsche 928 S4

5) Porsche Carrer

6) BMW 329i

Beraninya dia siap pamerkan kereta-kereta mewah tersebut di pusat pameran dekat Plaza Bukit Bintang dan yang paling hebat bila dia muncul dalam program bual bicara di TV3 menngenai minatnya pada kereta mewah.

Loading...

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua

Alangkah terperanjatnya apabila bekas majikannya di bank menonton rancangan tersebut dan berfikir bagaimana pekerja dengan gaji RM1,800 dapat membeli kereta mewah. Dia kemudiannya meminta jabatan audit menjalankan audit terhadap kesemua transaksi di bawah nama dia dan memang benarlah dia songlap duit pelanggan! Sesudah kumpul kesemua bukti kukuh, mereka membuat laporan polis dan Aman Shah ditangkap di kondominium mewah miliknya di Bangsar.

Tak ada siapa sangka dengan hanya  mencuri sebanyak satu sen sahaja boleh membuatkan seseorang itu jadi jutawan. Kalau sekarang cuba nak mencuri mesti dah kena tangkap dengan Bank Negara, sebab sistem makin canggih dan keselamatan makin tip top!

SumberMoshed.com/Maukerja.my/

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*