Mayat petani ditemui dalam perut ular sawa

Loading...

Loading...

MAMUJU, INDONESIA – Misteri kehilangan seorang petani yang tidak pulang ke rumah selama sehari terjawab selepas mayatnya ditemui dalam perut seekor ular sawa di Desa Salubiro, daerah Korossa.

Mangsa, Akbar, 25, yang keluar memetik buah kelapa sawit di ladang miliknya sejak pagi Ahad lalu dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak petang kelmarin menimbulkan kebimbangan keluarganya.

Difahamkan, Akbar keluar dari rumahnya sekitar jam 7 pagi menuju ke ladang sawitnya dengan membawa beberapa peralatan. Akbar kebiasaannya akan pulang ke rumah sebelum hari gelap namun kelibatnya tidak kelihatan.

Beberapa ahli keluarga Akbar dan penduduk kampung kemudian pergi ke ladang tersebut untuk mencari mangsa. Setelah beberapa jam mencari, mereka menemui seekor ular sawa yang kekenyangan berhampiran sebatang pokok kelapa sawit.

Curiga melihat perut ular sawa yang besar itu, penduduk bertindak menangkap dan membelah perut haiwan itu dan alangkah terkejutnya mereka apabila menemui mayat Akbar dalam perut ular sawa itu.

Posted by Mohd Lantou on Tuesday, March 28, 2017

Junaedi, Setiausaha Desa tersebut berkata, penduduk di sekitar ada mendengar jeritan orang meminta tolong pada sekitar jam 1 petang, namun tidak dihiraukan kerana menyangka ada aktiviti memburu babi.

Loading...

Menurut seorang penduduk, Satriawan berkata, mayat mangsa masih berada dalam keadaan baik dan lengkap berpakaian.

“Berdasarkan kedudukan mayat, mangsa telah ditelan dari kepala oleh ular itu. Berkemungkinan mangsa telah diserang dari belakang dan ditelan hidup-hidup,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat sebelum dikebumikan di kampungnya. – The Reporter

Sumber: Harian Metro, Tribunsulbar, Bangkapos

from The Reporter http://ift.tt/2nt6Or9
via IFTTT

Loading...
Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*