Menghibakan! Anak anjing ini seringkali dilihat duduk di atas penutup longkang di tepi jalan, rupa-rupanya ada kisah sedih yang pernah menimpanya…

Loading...
Like Page Kami Di Facebook!
Menghibakan! Anak anjing ini seringkali dilihat duduk di atas penutup longkang di tepi jalan, rupa-rupanya ada kisah sedih yang pernah menimpanya…

Menghibakan! Anak anjing ini seringkali dilihat duduk di atas penutup longkang di tepi jalan, rupa-rupanya ada kisah sedih yang pernah menimpanya…

Kehilangan orang tersayang pastinya sangat menyakitkan dan untuk melupakan mereka bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih menyedihkan jika seorang anak kecil ditinggalkan oleh ibu bapa mereka tanpa sempat dia memperoleh kasih sayang dan perhatian yang secukupnya. Sangat menyayat hati…

Kisah sedih daripada netizen ini pasti akan membuatkan anda juga akan mengalirkan air mata membacanya. Anda sudah bersedia?

Kisah sedih seekor anak anjing yang baru berusia beberapa bulan ini telah dikongsikan oleh seorang netizen.

Anak anjing tersebut kelihatan begitu sayu dan sedih. Dia tidak seperti anak-anak anjing lain yang berlari dan bermain dengan penuh keriangan. Si kecil putih ini hanya diam dan kelihatan selalu merangkan di atas penutup longkang.

Pada awalnya orang-orang di situ hanya memandangnya seperti perkara yang biasa. Tetapi selepas beberapa hari, anak anjing itu masih sahaja melakukan perkara yang sama. Dia masih pergi ke tempat yang sama dalam keadaan yang sama, masih sedih dan sayu.

Loading...

Netizen tersebut kemudian terus membawa pulang anak anjing itu setelah mendapati bahawa si kecil itu tidak memiliki tuan. Tetapi, sesuatu yang tidak dijangka berlaku selepas beberapa hari anak anjing itu dibawa pulang.

Entah kenapa dia bekeras untuk terus kembali ke penutup longkang yang biasa dia pergi sebelum itu.

Kali ini, tingkah dan sikapnya masih seperti sebelum ini, dia merangkak di atas penutup longkang dan tak mahu pergi, sesekali terdengar ratapan sedih dari muncung mungilnya.

Kebetulan pada masa itu, ada seorang pejalan kaki yang sepertinya kenal dengan anak anjing itu dan tanpa disedarinya dia berkata “Anak anjing ini masih disini?”

Mendengar kata-katanya itu, tuan baru anak anjing itu terkejut lalu dia segera mencari tahu mengapa anak anjing itu berkelakuan seperti itu. Rupa-rupanya, ibu bapa anak anjing itu telah dilanggar kereta oleh sebuah kereta yang dipanju laju ketika ibu bapanya membawanya menyeberangi jalan.

Pada masa itu ibu bapa si anjing sengaja membiarkan diri mereka dilanggar untuk melindungi anaknya yang baru berusia beberapa bulan, hingga akhirnya si ibu pun mati di tempat. Ibunya telah mati di atas penutup longkang dan kemudiannya bangkai ibunya dikebumikan oleh salah seorang penduduk di situ.

Loading...

Sejak kejadian itu berlaku, si kecil itu selalu berada di atas penutup longkang itu dan tidak mahu meninggalkannya. Dia seolah-olah masih lagi menanti kepulangan ibunya

Kejadian itu jelas menunjukkan bahawa jangan kata manusia, haiwan juga memiliki perasaan tetapi mereka tidak boleh meluahkannya melalui kata-kata sepeti manusia.

Si putih itu kelihatan tidur lelapdi  dalam kereta tuannya. Dia mungkin masih keliru dengan apa yang berlaku dan masih tidak mengerti apa dia erti kematian. Dia juga mungkin tidak tahu bahawa ibu bapanya tidak akan mungkin kembali lagi.

Pandangan sayunya yang penuh kesedihan sahaja yang dapat menggambarkan bagaimana hancurnya hatinya dia ditinggalkan oleh kedua orang tuanya. Walaupun tiada siapa yang boleh menggantikan posisi ibu bapanya namun dengan kehadiran tuan barunya dia akan dapat hidup yang lebih baik.

Era Baru

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*