Pengemis teringin membeli roti tetapi dihalau pekerja kedai. Pemilik kedai roti bingkas melayaninya dengan hormat lalu membuat cucu berasa hairan…

Loading...

Loading...
Pengemis teringin membeli roti tetapi dihalau pekerja kedai. Pemilik kedai roti bingkas melayaninya dengan hormat lalu membuat cucu berasa hairan…

Pengemis teringin membeli roti tetapi dihalau pekerja kedai. Pemilik kedai roti bingkas melayaninya dengan hormat lalu membuat cucu berasa hairan…

Di hadapan pintu sebuah kedai roti yang berkembang maju, berdiri seorang pengemis yang kotor dan berbau. Para pelanggan yang sedang berbaris berasa jijik dan memandang dengan hina kepada pengemis ini.

Seorang pekerja telah menjerit kepadanya dan berkata, “Pergi dari sini, mengemis di tempat lain!”

Pengemis itu mengeluarkan beberapa duit kertas lusuh dan menunjukkan kepada pekerja tersebut sambil berkata, “Tolong, saya mahu membeli beberapa ketul roti dan yang termurah.”

Tiba-tiba, datang pemilik kedai roti itu berjalan di hadapan pengemis tersebut dengan satu kotak roti yang baru dimasak lalu memberikan kepadanya sambil menunduk hormat dan berkata, “Terima kasih kerana berurusan dengan kami. Sila datang lagi!”

Pengemis itu berasa sangat terharu dan pergi dengan perasaan gembira kerana itu adalah kali pertama dia dilayan seperti pelanggan.

Cucu kepada pemilik kedai roti ini berasa hairan dan tidak memahami tindakan datuknya lalu bertanya, “Datuk, mengapa datuk melayani pengemis itu dengan begitu istimewa dan hormat sekali?”

Pemilik kedai roti tersebut menjelaskan, “Lelaki itu mungkin seorang pengemis tetapi pada hari ini dia adalah pelanggan datuk! Dia mahu merasai roti yang baru dimasak dan mengambil masa yang lama meminta sedekah. Kehidupannya amat sukar, jadi datuk secara peribadi melayannya, jika tidak datuk akan mengecewakan percubaan dan usahanya untuk merasai roti dengan menjadi pelanggan di kedai roti ini! “

Loading...

Kemudian cucu pemilik kedai roti ini bertanya lagi, “Jadi, kenapa datuk mengambil duit pengemis itu?”

Pemilik kedai roti ini menjawab, “Hari ini, pengemis itu datang sebagai pelanggan dan bukan sebagai pengemis yang datang meminta makanan, jadi kita mesti hormat kepadanya. Jika kita tidak mengambil wangnya, bukankah itu bermakna kita tidak menghormatinya? Kita mesti sentiasa ingat untuk menghormati setiap pelanggan yang datang dan membayar. Mereka menyumbang kepada perniagaan kita dengan menjadi pelanggan yang setia.” Cucu pemilik kedai roti ini akhirnya mengangguk faham akan segala penjelasan datuknya.

Pemilik kedai roti yang dimaksudkan dalam kisah ini ialah datuk kepada Yoshiaki Tsutomi. Yoshiaki Tsutomi ialah seorang ahli perniagaan legenda yang berjaya di Jepun. Beliau pernah menjadi antara individu terkaya di dunia dan muncul menjadi muka depan majalah ‘Forbes’ sebanyak dua kali.

Datuk Yoshiaki Tsutomi merupakan idola yang telah mencorakkan dirinya menjadi ahli perniagaan yang berjaya. Yoshiaki Tsutomi berkata, kisah pengemis itu sentiasa menjadi kisah memori dan pengajaran dari datuknya yang beliau tidak pernah lupakan di sepanjang kehidupannya.

Sehingga kini, Yoshiaki sentiasa mengingati kisah ini dengan gerak-geri dan perkataan yang diucapkan oleh datuknya kepada pengemis tersebut. Yoshiaki sentiasa menceritakan kisah ini semasa beliau mengadakan mesyuarat dengan para pekerjanya, supaya mereka juga akan bersikap seperti datuknya yang melayan setiap pelanggan dengan penuh rasa hormat.

Loading...

Kita perlu membayangkan yang cara ‘hormat’ ini bukan sesuatu yang dibuat-buat tetapi mesti datang dari hati yang akan membuat setiap pelanggan merasai kejujuran dari rasa hormat yang ditunjukkan.

Para pelanggan akan merasai layanan yang diberikan oleh kita dan menghargai ketulusan serta rasa hormat yang diberikan kepada mereka. Rasa hormat mestilah diberikan secara adil dan saksama kepada setiap pelanggan tanpa mengira apa pun status mereka.

Tiada diskriminasi kepada semua pelanggan yang berurusan dengan kita. Dengan itu, kita akan diberi ganjaran dan balasan kesetiaan yang sangat mudah dan asli dari para pelanggan.

Menghormati satu sama lain adalah satu keperluan yang paling asas di dalam kehidupan. Setiap orang perlu menghormati satu sama lain. Sesiapa yang menyayangi orang lain, maka orang lain juga akan menyayanginya, dan sesiapa yang menghormati orang lain, maka orang lain juga akan menghormatinya.

Anda perlu membuka minda dan perasaan serta melayan orang lain dengan adil dan saksama. Sama ada anda suka atau tidak, sama ada dia kawan atau lawan, kita perlu melayani setiap orang secara adil dan menghormati mereka. Jika anda dapat berbuat begitu, ia akan memberi manfaat buat semua.

Era Baru

Loading...

Loading...
Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*