Perbelanjaan mewah 5 ketua negara yang dikecam hebat..Malaysia Tersenarai Tak?

Loading...

Loading...
pemimpin dunia hidup mewah

Bukan mudah sebenarnya menjadi pemimpin mentadbir sebuah negara. Apatah lagi apabila segala perkara yang kita buat dan belanjakan setiap hari, ada saja orang yang sentiasa perhatikan.

Jadi ketua keluarga kecil-kecilan di rumah pun masih ramai yang belum mampu uruskan duit belanja dengan betul. Inikan pula tugas menjadi pemimpin sesebuah kerajaan dengan bebanan yang lebih besar.

Walau bagaimanapun, kerja berat yang penuh dengan tekanan dan tempoh masa yang panjang itu juga bermakna pemimpin-pemimpin ini menerima bayaran dan keistimewaan yang setimpal.

pemimpin dunia hidup mewah

Tapi tidak semua faedah pemimpin dunia itu sama. Ada pemimpin yang berbelanja lebih besar daripada sepatutnya sehingga mencetuskan kontroversi. Sebagai contoh, baru-baru ini Presiden Perancis, Emmanuel Macron dikecam hebat selepas baru sahaja 3 bulan memegang jawatan itu kerana membelanjakan 26,000 euro (RM132,000) untuk alat solek.

Walaupun Presiden Perancis yang baru ini telah dikritik dengan teruk, namun ia bukanlah kejadian pertama. Kami kongsikan beberapa lagi pemimpin negara lain yang pernah menggunakan keistimewaan mereka secara luar biasa:

Israel

Sebelum Presiden Benyamin Netanyahu menghadapi tuduhan dan siasatan berkenaan kes rasuah, Perdana Menteri Israel itu dituduh menyalahgunakan dana kerajaan untuk memenuhi selera besarnya terhadap aiskrim.

netanyahu aiskrim

Loading...

Pada tahun 2013, Presiden Netanyahu berhadapan dengan bantahan orang ramai apabila terbongkar kisah pejabatnya membelanjakan wang sebanyak $2,700 setiap tahun di sebuah kedai aiskrim premium di Jerusalem, Glida Metudela. Dua perisa aiskrim kegemaran Netanyahu iaitu pistacio dan vanila dari kedai itu akan sentiasa memenuhi peti ais kediamannya.

kedai aiskrim netanyahu belanja besar

Selain itu, Netanyahu juga pernah dikritik kerana membelanjakan $127,000 semata-mata untuk memasang katil di dalam kapal terbang yang dinaiki hanya selama 5 jam dari Israel ke London untuk menghadiri majlis pengebumian bekas Perdana Menteri British, Margaret Thatcher.

Perancis

Bekas Presiden Perancis iaitu Presiden François Hollande telah membayar gaji pendandan rambut peribadinya sebanyak $10,000 sebulan. Perbelanjaan tinggi ini dikatakan amat berlawanan dengan persona François yang merupakan seorang pemimpin parti sosialis yang memperjuangkan penjimatan dan pengurangan perbelanjaan negara.

francois hollande pendandan rambut gaji banyak

Presiden itu mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa beliau telah mengurangkan perbelanjaan negara sebanyak 9 juta euro termasuk memotong gajinya sendiri sebanyak 30%.

Ireland

Pada tahun 2006, maklumat perbelanjaan Bertie Ahern telah mendedahkan pemimpin negara itu membelanjakan 85,000 euro untuk membeli alat solek berjenama L’Oreal dalam tempoh 4 tahun.

bertie ahern dandanan solek

Loading...

Namun menurut Bertie, perbelanjaan itu tiada perbezaan pun dengan pemimpin-pemimpin terdahulu. Mereka memang banyak berhabis wang untuk dandanan dan alat solek kerana perlu ditemubual dan menghadiri sesi bergambar dengan kerap.

Libya

Apabila Muammar Gaddafi melawat mana-mana negara lain, dia tidak akan berjalan dengan tangan kosong membawa beg biasa seperti orang lain. Sebuah khemah Badwi yang besar akan dibawa bersamanya ke mana sahaja negara yang dilawati.

muammar gaddafi khemah badwi

Khemah itu pernah dipasang di taman Kremlin di Rusia pada tahun 2008, di tapak Villa Doria Pamphili di Rom dan juga di estet Donald Trump di New York pada tahun 2009.

Walaupun tiada siapa tahu berapa kos sebenar untuk membawa, mengangkut dan memasang khemah itu ke serata dunia, mungkin ia tidak menjadi isu besar bagi Gaddafi kerana semasa menghembuskan nafas yang terakhir, nilai asetnya adalah sekitar $200 bilion.

Rusia

rusia vladimir putin

Vladimir Putin merupakan salah seorang pemimpin negara paling kaya di dunia. Pada tahun 2012, pemimpin yang gemar bersendiri itu dikatakan telah membina sebuah istana besar dan mewah digelar “Istana Putin” dengan pemandangan menghadap Laut Hitam.

istana putin rusia vladimir putin

Loading...

Menurut tukang adu yang merupakan salah seorang bekas rakan niaganya dalam satu temu bual dengan BBC, bangunan istana itu dibina secara rahsia untuk kegunaan peribadi menggunakan duit kerajaan yang telah digelapkan Putin.

Loading...
Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*