Perlukah Wanita Bercukur? Inilah 4 Mitos Vs. Fakta Yang Perlu Diketahui

Loading...

Loading...

Ada macam-macam mitos tentang bercukur rupanya… Kebanyakan lelaki dilahirkan dengan adanya bulu roma di beberapa anggota badan seperti di muka, dada, tangan dan kaki.

Bulu lelaki lebih tebal, gelap dan panjang berbanding wanita yang mempunyai bulu roma yang lebih halus.

Ada orang perlu bercukup setiap hari, ada pula yang mengambil masa beberapa hari bergantung kepada genetik dan kepantasan bulu roma tumbuh semula.

Rotten Teeth GIF by HOLYCHILD - Find & Share on GIPHY

via GIPHY

Sama seperti lelaki, wanita juga bercukur untuk kelihatan kemas, bersih dan yakin dalam penampilan. Wanita yang tampil licin, dilabel seorang yang menjaga penampilan diri.

Tidak kurang juga yang lebih selesa menyembunyikan bulu-bulu roma pada badan kerana bimbang keadaan bertambah teruk setelah bercukur.

Shaving Shave GIF by HOLYCHILD - Find & Share on GIPHY

Loading...

via GIPHY

Benar, terlalu banyak mitos tentang bercukur yang kita dengari tetapi sejauh manakah kesahihannya? Kami kongsikan empat mitos dan fakta tentang bercukur khas buat anda. Adakah anda yakin dengan bulu pada badan? Atau anda selesa tampil dengan kulit lembut sehalus bayi? Tepuk dada tanya selera.

#1 Bercukur menyebabkan bulu tumbuh dengan lebih cepat dan tebal?

Tidak benar sama sekali. Pertumbuhan bulu bergantung kepada genetik seseorang dan bercukur tidak menyebabkan bulu tumbuh dengan lebih cepat dan tebal. Selepas bercukur liang roma mula membentuk folikel yang menyebabkan bulu roma anda kelihatan kasar. Biarkan bulu ini panjang, ianya akan kembali kepada rupa dan saiz asal.

#2  Bilangan bulu pada kaki dan ketiak dipengaruhi usia anda mula mencukurnya?

Hakikatnya jumlah bulu bergantung kepada faktor genetik. Jika anda bercukur pada awal usia remaja, jumlah bulu tidak akan sama setelah anda dewasa. Bulu wanita dewasa lebih banyak berbanding remaja di awal akil baligh.

#3 Bercukur menyebabkan kesan iritasi dan mengakibatkan kulit kering bersisik?

Tidak tepat! Bercukur membantu menyingkirkan lapisan luar kulit yang kasar serta menjadikan kulit anda licin dan halus.

#4 Pisau cukur lelaki dan perempuan adalah sama?

Pisau cukur lelaki dan wanita berbeza. Pisau Venus direka khas untuk wanita dengan cirinya berkepala bulat, dilengkapi dengan gel yang fleksibel menjadikannya sesuai untuk tubuh badan wanita.

Sudahkah anda bersedia untuk membuang bulu pada badan? Jika ya, pastikan anda mulai dengan mandi dengan air suam bagi melembutkan kulit, merehatkan folikel dan menjadikannya lebih mudah dicukur.

Kemudian sapukan gel, cukur dan akhirinya dengan sapuan pelembap agar kulit bertambah sihat, lembut dan tidak kering.

Loading...

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Gempak

Loading...
Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*