Peti Harta Karun Dengan Emas Bernilai 560 Juta Ringgit Dijumpai Dari Kapal Nazi Yang Dikaramkan Sendiri Oleh Hitler Untuk Mengelak Dari Ditangkap

Loading...
Like Page Kami Di Facebook!
Peti Harta Karun Dengan Emas Bernilai 560 Juta Ringgit Dijumpai Dari Kapal Nazi Yang Dikaramkan Sendiri Oleh Hitler Untuk Mengelak Dari Ditangkap

Peti Harta Karun Dengan Emas Bernilai 560 Juta Ringgit Dijumpai Dari Kapal Nazi Yang Dikaramkan Sendiri Oleh Hitler Untuk Mengelak Dari Ditangkap

Pencari harta karun British telah menemukan sebuah harta karun yang mengandungi emas bernilai RM 560 juta milik askar Nazi dari sebuah kapal kargo yang milik askar German di pantai Iceland.

Kumpulan yang berpusat di Advance Marine Services menemukan peti yang berisi dengan empat tan besi berharga, dan percaya ianya merupakan emas daripada bank Amerika Selatan, SS Minden yang karam pada tahun 1939.

Emas tersebut dipercayai dibawa di atas kapal yang menuju ke Jerman dan karam di 120 batu timur laut Iceland pada 24 September 1939, sejurus selepas berlakunya Perang Dunia Kedua.

Kumpulan yang berpusat di Advance Marine Services menemukan peti yang berisi dengan empat tan besi berharga, dan percaya ianya merupakan emas daripada bank Amerika Selatan, SS Minden yang karam pada tahun 1939

  SS Minden tenggelam, atau sengaja ditenggelamkan kira-kira pada 120 batu timur laut Iceland pada September 1939.

Loading...

 Advance Marine Services telah merujuk kepada kerajaan Iceland untuk mendapatkan kebenaran bagi mengambil dan mendapatkan peti yang berisi harta karun itu dan mahu membawa peti itu pulang ke Britain.

Awal tahun ini, kumpulan ini dituduh kerana melakukan kerja-kerja pencarian terhadap kapal kargo Jerman itu tanpa lesen yang sah.

Pihak berkuasa mengambil langkah berjaga-jaga kerana pernah berlaku kejadian di mana bot pengkaji Norway, Seabed Constructor, yang disewakan oleh syarikat tersebut dilaporkan berada di perairan Iceland.

Pengarah Penjaga Pantai Iceland, Georg Larusson, memberitahu bahawa mereka tidak mempunyai permit yang sah untuk berada di perairan Iceland.

Awal tahun ini, kumpulan pencari dari British dituduh kerana melakukan kerja-kerja pencarian terhadap kapal kargo Jerman itu tanpa lesen yang sah. Pihak berkuasa kini mengambil langkah berjaga-jaga

  Apabila SS Minden ditemukan oleh pelayar British, HMS Calypso (di dalam gambar), dan HMS Dunedin, Adolf Hitler mengarahkan kapten kapal Minden untuk meneggelamkan kapalnya supaya kapal British tidak dapat mengambil kesempatan dari kapal kargo tersebut.

Loading...

 

Anak kapal dan krew SS Minden telah diselamatkan oleh HMS Dunedin dan dibawa ke pangkalan tentera laut Scapa Flow yang berpangkalan di Orkneys.

Para sejarawan mendakwa bahawa bahan kargo yang dibawa sebenarnya tidak bernilai, tetapi disebabkan terdapat catatan yang menyatakan nilai sewaan kapal tersebut (SS Minden) yang mahal, khabar angin mula mengatakan bahawa bahan kapal tersebut sangat bernilai, dan mungkin sekali terdapat emas berharga yang dibawa kapal tersebut.

Sumber Artikel Era Baru

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*