Resepi Daging Black Pepper

Loading...

Loading...

Ikan mahal sangat sekarang ni. Jadi dari beli ikan baik makan daging, harini saya masak daging black pepper hehehe. Saya buat sekilo utk esok sekali. Esok panaskan jela goreng telur dadar lawan timun. Dulu masa tolong mak niaga nasi campur, lauk ni la hari-hari mesti habis. Saya share resepi.

Foto: Resepi Sedap

Bahan (utk sekilo daging):

bawang merah 3 biji yang besar-besar*
bawang putih 5 ulas*
halia 1 ibu jari*
cili kering 10 tangkai*
Lada hitam mengikut kesukaan masing-masing
Air asam jawa
Sos cili
Kicap manis
Kayu manis
Buah pelaga

Hiasan:

Bawang besar
Cili api merah n hijau

Cara-cara menyediakannya:

Blender bahan-bahan yang saya tanda * tu dan tumis bubuh kayu manis, buah pelaga. Bila dah naik minyak bubuh lada hitam yang ditumbuk.

Loading...

Kacau dan bubuh air dan daging. Tutup biar sampai daging lembut.

Pastu bubuh sos cili, kicap manis, sedikit air asam jawa, garam, ajinomoto (jika perlu), gula. Bagi sampai agak-agak kering. (saya suka agak berkuah)

Pastu boleh bubuh hiasan. Kalau nak pedas, cili api tu potong banyak sikit. Saya tak potong sebab anak-anak boleh makan. Saya makan saya tenyeh je cili api tu dalam pinggan saya.

Selamat mencuba.

resepi ini telah diambil dari fb ‎CT Nazura‎ melalui perkongsiannya ke group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) / Resepi ini telah dikongsikan dilaman FB Resepi Sedap.

Loading...
Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*