Resepi Tomyam Putih

Loading...

Loading...

Semalam aku masak tom yam putih…tak pernah pernah wat tom yam putih alih alih teringin lak nak makan… tapi memang tidak mengecewakan…memang sedap

Bahan-Bahan :

1/2 kg ayam – potong sederhana dan cuci bersih kemudian toskan
4 biji limau kasturi – ambil jusnya
7 batang sweet peas – kerat 2
3 helai daun limau purut
2 ulas bawang putih – hiris halus
3 kuntum cendawan butang – belah 2 setiap 1
2 camca besar sos ikan
10 biji chili padi thai merah – dititik
1 batang serai – ditik
1 biji bawang besar – belah 6
1/2 inci lengkuas – dititik
1/2 inci halia – dititik
1/2 cawan santan
1 batang saleri – kerat
gula dan garam secukup rasa
air secukupnya
1 biji tomato – belah 6

Cara Membuat Tomyam Putih:

panaskan minyak kemudian tumis bawang putih hingga naik bau. masukan ayam dan masak hingga ayam setengah masak.
masukan air secukupnya kemudian masukan halia, bawang besar, serai, lengkuas, lobak merah, dan cili padi thai. biarkan hingga air mendidih dan semua bahan agak lembut.
perasakan dengan gula dan garam secukupnya, kemudian masukan sos ikan bersama santan dan saleri kemudian kacau rata. renihkan sambil dikacau agar bumbu masak dengan sempurna.
akhir sekali, masukan juslimau kasturi, tomato, sweet peas, jus limau kasturi, dan cendawan. masak sekejap sambil dikacau rata. dan bila sudah masak boleh matikan api dan hidangkan bersama nasi panas-panas.

mudah sahaja kan resepi tomyam putih ini dan anda juga boleh letak seafood atau meet lagi best dan lebih sedap bila letak udang galah. dan sampai jumpa di resepi yang berikutnya.

Loading...
Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*