Saya dah tak tahan tuan hakim,sampai lenguh2 ‘Anu’ saya

Loading...

Loading...

Saya dah tak tahan tuan hakim,sampai lenguh2 ‘Anu’ saya|Misalnya di Zimbabwe, seorang wanita bernama Constance Muungani berusia 26 tahun, nekad melarikan diri dari rumah kerana suaminya memiliki selera yang tinggi.

“Saya tidak tahan terpaksa melayan nafsunya enam jam setiap hari,” luah Muungani.

Suaminya Fani Mumba berusia 31 tahun adalah seorang penganggur setiap hari menagih ‘cinta’ Muungani di atas katil.

Muungani telah memohon kepada mahkamah supaya perkahwinan mereka dibatalkan. Dia juga mengadu tidak tahan melayan nafsu luarbiasa suaminya.

“Saya terlalu kerap berasmara dengannya. Enam jam setiap hari! Itu sangat melampau sehingga lenguh-lenguh alat sulit ini. Saya khuatir akan mati dalam asmara,” keluh Muungani.

“Saya mempunyai kerja, sedangkan suami saya menganggur. Yang dia tahu asyik minta ‘itu’ saja! Saya tidak akan kembali kepadanya. Saya juga mahu hak penjagaan anak kami,” tambahnya lagi.

Sementara itu suaminya berkeras tidak mahu bercerai kerana menurutnya dia masih sayangkan isterinya.

Loading...

“Saya cintakan dia. Saya minta dia berikan saya peluang untuk mengatasi masalah ‘ketegangan’ ini. Selama ini saya sangka telah memberinya kepuasan batin. Saya tidak tahu perbuatan ini telah menjejaskan perkahwinan kami,” luah suaminya.

Setelah mendengar luahan dari kedua belah pihak, Ketua Hakim, Chireya berusaha untuk mendamaikan mereka.

Loading...
Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*