Sebak hati AG ziarah kubur

Loading...
Like Page Kami Di Facebook!
Loading...

PENYAMPAI radio Kool FM, AG turut meluangkan masa menziarah kubur 11 pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda, Gombak, pagi tadi, hari ini.

AG atau nama sebenarnya Muhammad Azmir Selamat berkata, dia bukanlah ahli keluarga mangsa tetapi sejak mengikuti perkembangan tragedi menyayat hati itu, hatinya sebak dan cuba mengambil peluang untuk menziarah kubur mereka.

“Sejak mereka dikebumikan saya cuba mencari peluang untuk datang menziarah. Kebetulan selepas bersiaran pagi tadi saya tidak sibuk.

“Saya datang bersama seorang rakan dan saya yakin tidak hanya saya, semua orang merasai kesedihan yang berlaku kepada semua mangsa,” katanya.

AG berkata, usia mangsa hampir sebaya dengan tiga anaknya dan itu yang lebih membuatkan dia berasa sedih dan lebih terkesan.

€Melihat penampilan mereka sering berjubah putih mengingatkan saya pada anak-anak sendiri yang juga sering mengenakan pakaian sama apabila ke sekolah agama.

“Sebagai seorang bapa, pastinya saya rasa sedih dan hiba dengan nasib yang menimpa mereka. Tidak dapat saya bayangkan jika mangsa itu anak atau saudara saya,” katanya.

Loading...

Sumber hmetro

Loading...
Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*