Senarai Program Perumahan Kos Rendah Untuk Rakyat Malaysia

Loading...

Loading...
rumah kos rendah

Saban tahun, harga rumah semakin meningkat. Malangnya kenaikan harga rumah ini adalah tidak seiring dengan kenaikan gaji yang diberikan oleh majikan terutamanya kepada golongan muda. Di bandar-bandar utama di Malaysia, jika anda berpendapatan RM 3k dan kebawah, anda tergolong dalam golongan miskin bandar.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa inisiatif oleh kerajaan bagi membantu rakyat yang tidak berkemampuan untuk membeli rumah pertama mereka. Maka, anda harus bijak mengambil kesempatan ini. Berikut merupakan beberapa program yang boleh anda cuba:
rumah kos rendah


1. PR1MA 

Program perumahan kos rendah paling popular ketika ini. Ianya ditawarkan untuk rakyat Malaysia yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan antara RM 2500 hingga RM 15000. Rumah yang dibina terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz dan dianggarkan berharga RM 100 000 hingga RM 400 000. Terdapat banyak lokasi perumahan PR1MA di seluruh Malaysia yang telah dibangunkan, sedang dibangunkan atau akan dibangunkan.
Untuk info lanjut mengenai lokasi perumahan PR1MA, syarat kelayakan, cara memohon dan sebagainya sila layari laman rasmi PR1MA.


2. PPA1M

PPA1M atau Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia adalah program yang unik di mana ianya dikhaskan penjawat awam sahaja. Buat masa ini, mengikut pengumuman rasmi daripada laman web PPA1M, terdapat beberapa buah unit PPA1M yang boleh dibeli di pelbagai lokasi seperti Machang (Kelantan), Bera (Pahang), Kuantan (Pahang), Kinta (Perak), Kota Bharu (Kelantan), Alor Setar (Kedah), Alor Gajah (Melaka) dan sebagainya. Bagi anda yang bekerja dengan kerajaan, jangan lepaskan peluang keemasan ini.
Untuk info lanjut mengenai PPA1M, lokasi rumah, cara memohon dan sebagainya sila layari laman rasmi PPA1M.


3. RT1M

Program RT1M atau Rumah Transit 1Malaysia ini telah dimulakan sejak tahun 2014 lagi. Ianya difokuskan kepada pasangan yang baru mendirikan rumah tangga untuk memulakan kehidupan sendiri dan memiliki rumah pertama. Walaubagaimanapun, program ini lebih berbentuk sewaan di mana pasangan yang layak akan diberi peluang untuk menyewa selama maksimum 2 tahun pada harga yang sangat murah iaitu RM250 sahaja sebulan. 
Bagi pasangan yang baru berkahwin dan berminat untuk mengetahui info lanjut mengenai program RT1M ini, sila layari laman rasmi RT1M.


4. RUMAWIP

Program RUMAWIP atau Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan ini adalah khas untuk penduduk di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Dalam program ini, kira-kira 80 000 unit rumah kos rendah dan sederhana akan dibina dengan pembahagian seperti berikut:
  • 50,000 unit – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • 20,000 unit – Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • 10,000 unit -Wilayah Persekutuan Labuan.
Mengikut laman rasmi RUMAWIP, buat masa ini terdapat 13 projek di sekitar Kuala Lumpur yang sudah dibuka untuk permohonan manakala di Putrajaya dan Labuan masih belum ada sebarang projek yang sudah dibuka. Untuk info lanjut, layari laman rasmi RUMAWIP.


5. Skim Rumah Pertamaku (SRP)

SRP atau Skim Rumah Pertamaku meruapak sebuah skim perumahan yang telah diumumkan dalam Bajet 2011. Ianya bertujuan untuk membantu golongan muda yang berpendapatan kurang daripada RM5000 untuk memiliki rumah pertama. Selain itu, skim ini bertujuan membantu golongan muda mendapat bantuan pembiayaan sehingga 100% untuk membeli rumah pertama mereka (selalunya setiap pembelian rumah pembeli perlu mengeluarkan wang pendahuluan sendiri sebanyak 10% daripada harga rumah).
Antara bank yang bekerjasama dalam skim ini adalah Affin Bank, Alliance Bank, Bank Muamalat dan banyak lagi. Senarai bank terlibat dan lebih info boleh didapati di laman web SRP.
rumah selangorku
Selain daripada beberapa program seperti dinyatakan di atas, terdapat beberapa lagi program yang boleh anda cuba seperti BSN MyHome (Program Perumahan Rakyat) dan Skim Bantuan Sewa Rumah. Selain itu, sesetengah kerajaan negeri juga mempunyai program perumahan kos rendah mereka sendiri. Sebagai contoh, kerajaan Selangor mempunyai program SelangorKu dan di Johor, Sultan Johor juga baru mengumumkan Rumah Impian Bangsa Johor, iaitu rumah kos rendah yang dibina khas untuk bangsa Johor sahaja, 
Apa-apa, semuanya bergantung kepada anda. Antara perkara yang paling penting apabila merancang membeli rumah, golongan muda haruslah bijak mengawal kewangan mereka. Elakkan membeli kereta mahal semata-mata untuk bergaya yang akan menjadi liabiliti sebaliknya, kumpullah duit untuk membeli aset.
Sumber: iluminasi

from Islam Itu Indah http://ift.tt/2oeC2oR
via IFTTT

Loading...
Loading...
Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*