Siti Nordiana Dan Zoey Rahman Bakal Umumkan Perkahwinan Hari ini?

Loading...

Loading...

Rezeki pelakon Zoey Rahman nampaknya tidak putus – putus sejak dahulu lagi. Meskipun bersaing hebat dengan kemunculan pelakon-pelakon baru, Zoey telah menunjukkan bahawa dirinya masih relevan dan yang terbaru turut menjadi pelakon utama dalam drama Mat Rukunseperti yang ditampilkan Hangat.com dalam bulan lalu.

Obses Tayang Badan, Zoey Rahman Akui Bukan Sengaja

Zoey Dan Siti Nordiana Bakal Umumkan Sesuatu

Semalam, Hangat.com telah dihubungi sumber terdekat Zoey dan turut menghantar kiriman poster mengenai sesuatu yang bakal diumumkan oleh Zoey dan Siti Nordiana hari ini menerusi lintas lansung di Instagram mereka. Walau bagaimanapun, sumber itu masih merahsiakan apakah yang bakal diumumkan oleh mereka berdua.

Alasan Siti Nordiana Lagu Ciptaan Tak Layak Ke AJL32

Nana Akui Zoey Antara Lelaki Yang Rapat Dengan Beliau

Loading...

Sebelum ini, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa sebagai Nana tidak menolak selain Fikri Ibrahim, Zoey juga adalah antara kawan lelaki yang rapat beliau dan tambah Nana beliau senang bergaul dengan mereka yang dikatakan agak ‘sekepala. Sebelum ini beberapa portal hiburan turut menyatakan bahawa kedua-duanya sedang hangat bercinta namun mereka menolak dan menganggapnya sebagai kawan rapat sahaja.

Apakah yang bakal diumumkan oleh Zoey dan Nana? Secara kebetulan, hari ini adalah Hari Lahir Nana yang ke 33. Adakah mereka bakal umumkan mereka bakal berkahwin? Atau kedua-duanya bakal menjayakan sebuah drama? Atau mungkin juga dilantik sebagai duta? Sama-sama kita nantikan pengumuman tersebut pada jam 9 malam ini di Instagram mereka.

Sumber: Hangat

Loading...
Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*