Tahan Berbulan-Bulan! Ini Cara Betul Simpan Daun Sup, Lengkuas, Serai Dan Cili

Loading...

Loading...

Beli banyak-banyak senang sikit, boleh simpan tak payah nak ulang-alik ke pasar. Biasanya itulah yang bermain di minda para isteri dan kebanyakan suri rumah.
 
Satu sahaja masalah terbesar, sebab tak sampai seminggu simpan dah layu dan lembik terutamanya daun sup, lengkuas, serai, cili api, dan lada merah. Macam mana ni?
 
Sekelip mata selesai kalau anda ikuti tips ringkas tapi sangat berkesan dari Puan Suhana Mat Rasu ini:
 
Daun Sup
Simpan dalam botol plastik minuman 1.5L dan letakkan dalam peti ais.
Cara-cara:
1.Potong botol minuman tersebut kepada dua bahagian dan masukkan pokok daun sup. Tutup.
2. Letak air sedikit sahaja setakat cecah hujung akar. Tumbuhan berakar lain seperti daun kesum juga boleh disimpan dengan kaedah ini.


Foto: FB Suhana Mat Rasu

 
Lengkuas dan Serai
Cara-cara:
1. Simpan dalam botol kaca dan isi dengan air hingga tenggelam keseluruhan serai atau lengkuas.
2. Tutup botol dengan kedap dan pastikan air ditukar setiap dua minggu sekali.
Boleh juga diaplikasikan untuk penyimpanan kunyit.

 


Foto: FB Suhana Mat Rasu

 
Cili Api dan Lada Merah
Cara-cara:
1. Buang tangkainya terlebih dahulu.
2. Simpan dalam bekas tertutup yang dialas dengan tisu dapur atau kertas surat khabar.
3. Salin lapik tadi jika dah terlalu basah dan simpan dalam peti sejuk.
 


Foto: FB Suhana Mat Rasu

Loading...

Senang, segar, jimat dan sangat praktikal. Bolehlah cuba nanti, boleh tahan berbulan-bulan maksudnya ia akan mengelakkan pembaziran berlaku dan duit belanja dapur kita pun boleh dijimatkan! Selamat mencuba! -CARI

Loading...
Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*