Teguran “WIN” Boy Iman Buat Pendengki – “Terjatuhnya Empayar Itu Kerana Pengkhianatan Bangsa Dan Agama Sendiri”

Loading...

Loading...

Tentu ada yang masih ingat dengan kes penahanan Datuk Noruliman A. Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman atas tuduhan penipuan skim rumah murah yang gagal disiapkan selepas pembeli membuat bayaran. Selepas beberapa kali ditahan reman, Boy Iman akhirnya dibebaskan dan ada beberapa pihak mengatakan ada individu yang iri hati dengan projek diusahakan oleh syarikat DBI Properties milik beliau.

Setelah lama menyepi kerana isu hangat berkenaan, Boy Iman dalam satu muat naik terbaru beliau di akaun Instagram membuat satu teguran sinis buat pendengki. Boy berkata, runtuhnya sebuah empayar itu adalah kerana perasaan hasad dengki dan pengkhianatan sesama bangsa dan agama.

Boy Iman pada masa yang sama berdoa agar syarikat satu hari nanti akan menjadi satu empayar yang lebih besar dan dikenali setelah menempuh pelbagai dugaan dan cabaran sebelum ini.

Agak deep dan sinis juga kenyataan yang dibuat oleh Boy Iman, namun apa yang berlaku disebalik penahanan beliau sehingga hari ini masih lagi tergantung dan mencetuskan tanda tanya. Hmmph..

Sumber Beautifulnara.com

Loading...
Loading...
Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*