Terkesima Tengok Juadah Harian CATRIONA ROSS! Hanya Yang KUAT SEMANGAT & Azam Saja Mampu Lakukan Seperti Beliau

Loading...

Loading...
Terkesima Tengok Juadah Harian CATRIONA ROSS! Hanya Yang KUAT SEMANGAT & Azam Saja Mampu Lakukan Seperti Beliau

Terkesima Tengok Juadah Harian CATRIONA ROSS! Hanya Yang KUAT SEMANGAT & Azam Saja Mampu Lakukan Seperti Beliau

Kisah Catriona Ross kembali langsing selepas mengalami peningkatan berat badan ketika melahirkan anak bukan lagi rahsia. Sewaktu bertemu team Nona suatu masa dulu, Catriona atau lebih selesa disapa dengan panggilan Cat mengakui malu bertemu orang ramai kerana keadaan fizikalnya yang agak gemuk waktu itu.

Dengar pengakuan Cat ini.

Part II – @catrionabrianross mengamalkan senaman secara ekstrem seperti hiking, berenang dan naik turun tangga di kediamannya. Mencabar sungguh tapi tengoklah perubahan berat badan beliau, berbaloikan? #majalahnona #nonasuperwoman #tipkurus

A post shared by Majalah Nona, MY 🇲🇾 (@majalahnona) on Feb 27, 2017 at 2:51am PST

Loading...

Difahamkan, Cat juga sanggup naik turun tangga setiap hari ke rumahnya sebagai salah satu cara senaman. Memang gigih betul ibu cantik ini! Selain menjalani rutin senaman tersebut, penulis percaya faktor yang satu ini juga menjadi penyumbang Cat mampu mengekalkan kelangsingan tubuh badan sehingga sekarang.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya @catrionabrianross, menu-menu harian ‘eat clean’ yang dihasilkan sendiri nyata menguji selera. Bukan hanya nampak menyelerakan tapi dengan sukatan sebegitu pasti membuatkan sesiapa saja rasa tidak mencukupi menikmati sajian berkenaan. Hakikatnya, inilah menu yang terbaik untuk mereka yang ingin mengamalkan diet sihat. Lengkap dengan segala nutrisi dan tidak membahayakan kesihatan.

ANTARA MENU SIHAT CATRIONA

Menu Sarapan Pagi: Greek yogurt with toasted walnuts, grapes, toasted pumpkin seeds& dried mulberries with no sugar added marmalade 2 multigrain toasts

Menu Makan Tengah Hari: Black Rice with grilled chicken, fresh baby spinach & sauted carrots with beans

Loading...

Menu Makan Malam: Grilled Salmon with steamed brocolli & cauliflower, brocolli sprouts & lettuce

Selain berdisiplin soal makanan, Cat juga aktif melakukan bermacam-macam jenis senaman termasuk hiking. Bak kata pepatah, ‘Di mana ada kemahuan di situ ada jalan’.

Jadi, buat para wanita yang sedang bertarung menurunkan berat badan dan mahu nikmati hidup sihat tidak salah kalau tiru pendekatan seperti yang Cat lakukan tersebut. Moga memberi inspirasi buat semua!

Sumber Nona

Loading...

Loading...
Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*