[VIDEO] Akibat Langgar Lampu Merah..

Loading...

Loading...

KUALA TERENGGANU 23 Nov. – Kegembiraan sekumpulan remaja lelaki meraikan hari terakhir persekolahan 2017 bertukar tragedi apabila salah seorang daripadanya dirempuh sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat, Jalan Kuala Berang-Kuala Terengganu, di sini hari ini.

video ihsan PEMBACA UTUSAN

Ekoran kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, mangsa, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Bariah di sini, Mohd. Fakhruddin Mazlan, 16, kini berada dalam keadaan kritikal di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Mangsa yang menunggang berseorangan secara berkonvoi bersama kira-kira 10 rakan lain bertindak melintas secara mengejut ketika di persimpangan lampu isyarat sebelum dirempuh dan diseret.

Mohd. Fakhruddin yang berpakaian seragam sekolah dan menunggang tanpa topi keledar itu dilaporkan cedera parah di kepala.

Video berdurasi 26 saat mengenai kejadian itu dirakam seorang pengguna jalan raya dan tular di media sosial sejak petang ini. – UTUSAN ONLINE

Loading...
Loading...
Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*