Video Lautan dan pantai dari Florida dan Bahamas menghilang kerana taufan Irma

Loading...
Like Page Kami Di Facebook!
[Video] Lautan dan pantai dari Florida dan Bahamas menghilang kerana taufan Irma

[Video] Lautan dan pantai dari Florida dan Bahamas menghilang kerana taufan Irma

Pada minggu lalu, dunia dikejutkan dengan fenomena alam yang hebat iaitu taufan Irma yang memusnahkan Kepulauan Caribbean. Kini, tuafan yang berkuasa tersebut telah membadai pula di Amerika Syarikat, terutamanya di Bahamas di mana ia mengakibatkan penduduk tempatan di sana meninggalkan kawasan kediaman masing-masing. Ia juga memberi petanda bahawa akan ada sesuatu yang lebih dahsyat akan berlaku.

Angin tropika ini telah menyebabkan hampir 2.6 juta orang tinggal sehelai sepinggan tanpa rumah. Oleh kerana angin itu bertiup daripada pusat ribut berkenaan, dan ia cukup berkuasa membawa perairan pantai di Florida dan Bahamas jauh daripada pantai mereka.

Menurut Angela Fritz, seorang penyunting ruangan cuaca Washington Post berkata, kejadian berkenaan berlaku kerana tekanan rendah taufan tersebut. Hal ini bermaksud, ia dapat mengubah bentuk permukaan lautan.

Ia merupakan sesuatu yang aneh dan juga membimbangkan. Apabila garisan pantai terganggu, maka lantai lautan akan terdedah, dan ia merupakan tanda bahawa sejumlah air yang deras akan kembali secara pantas dengan momentum yang bersifat destruktif.

Impak taufan Irma terhadap alam sekitar telah pun dirasai oleh penduduk dan haiwan di Florida. Dua ekor dugong terpaksa diselamatkan semalam selepas selepas air surut meninggalkan kedua-duanya terperangkap dalam lumpur dan tidak dapat kembali ke lautan.

Taufan Irma kini telah tiba di Florida dan Bahamas, di mana terdapat fenomena aneh yang berlaku

Loading...

Kredit: deejayeasya

Pantai-pantai bertukar menjadi kering ekoran tiupan angin tropikal telah menarik laut jauh daripada pantai

Kredit: deejayeasya

Kredit: Piznack

Hal ini terjadi kerana ribut berkenaan mempunyai tekanan yang lemah, dan berperanan sebagai mekanisme sedutan

Loading...

Kredit: keonavanessa

Kredit: jillianmele

Dua penduduk marin Florida baru-baru ini merasakan kesan alam sekitar yang sudah dibimbangkan ekoran daripada taufan Irma

Kredit: ManateeSheriff

Kredit: Marcelo Clavijo

Kredit: Marcelo Clavijo

Kredit: Marcelo Clavijo

Seorang penduduk tempatan Bahamas yang juga peramal cuaca ada menjelaskan secara terperinci mengenai kejadian aneh berkenaan.

Jika anda tidak mempercayainya, anda boleh saksikan sendiri video di bawah ini :

Era Baru

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*