Wanita Muda Yang Claim Dirinya Berjaya Survive Di KL Dan Ada 6 Buah Rumah Dengan Gaji 2500 Dan Hina Orang Muda Menyewa Rupanya Telah Langgar Kontrak Rumah Selangorku

Loading...

Loading...

Wanita Muda Yang Claim Dirinya Berjaya Survive Di KL Dan Ada 6 Buah Rumah Dengan Gaji 2500 Dan Hina Orang Muda Menyewa Rupanya Telah Langgar Kontrak Rumah Selangorku |

Kisah seorang individu yang claim dirinya berjaya survive di kota raya dengan mempunyai rumah 6 buah masih kecoh dibincang. Seorang pengguna twitter mendedahkan bahawa individu yang kononnya hebat tersebut telah melanggar kontrak dengan menyewa rumah yang dibeli dari Rumah Selangorku.

Menurut portal ehartanah, rumah di bawah program Selangorku adalah untuk didiami sahaja bukan nya untuk disewa “Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa”

Pangsapuri Jenderam Indah, Dengkil merupakan project yang dibina di bawah program selangorku oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor. Program ini khusus kepada Penduduk Negeri Selangor sejak tahun 2015 dalam usaha memastikan golongan rendah dan sederhana berpeluang memiliki rumah yang selesa.

Menurut maklumat yang dikongsi, wanita tersebut telah menggunakan rumah yang dimiliki di bawah program Rumah Selangorku untuk disewakan. Berikut merupakan harga sewaan yang diberikan.

Loading...

Perkara ini mendapat kritikan yang hebat oleh netizen. Rumah sepatutnya diberikan kepada individu yang memerlukan telah eksploitasi oleh wanita tersebut untuk mengaut keuntungan. Ini bukan perkara yang pelik, dan bukan wanita ini sahaja yang eksploitasi rumah seperti ini untuk keuntungan peribadi. Namun ia menjadi isu yang serious kerana keangkuhan wanita tersebut yang merendah rendahkan golongan yang tidak mampu.

sumber asal

Loading...
Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*